Bahan-Bahan
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 3 cawan santan
* 3 biji telur
* 2 sudu besar butter
*1/2 sudu kecil garam
* Sedikit pewarna hijau
* sedikit bijan-untuk tabur atas kuih
Cara-cara
- Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan.
- Blender hingga sebati.
- Sapukan loyang dengan sedikit minyak....lenserkan.. dan masukkan ke dalam oven.
- Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.
- Taburkan bijan (jika suka)
- Bakar 45 minit pada suhu 180c/ hingga masak.(api atas dan bawah)
- Bakar api atas saja selama 10 minit sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing.
SALAM yati..sukatan kita sama. akak amek dari sorg mak cik di gerik. dia buat jualan kuih ni.. tapi tak de telur dan butter. agaknya yatie punya resepi ni lebih enak ya? akak nak try laa satu masa. cuba yatie buka akak punya blog kat resepi bingka tepung gandum tuu..akak punya sukatan 2 kali sukatan yatie.tapi akak dah print resepi yatie ni simpan dlm file dapurkuu hehe macehhh..nak guna akak selak je kesemua resepi yatie dlm tu..
ReplyDeletemmg sedap bingka ni. saya dh 2 kali buat. rasa nk buat lagi tp blender plak buat hal..
ReplyDeletekegemaran kak ita ni! kak ita suka yg hitam2 keliling tu...! sedap...
ReplyDeleteSalam Pn Yati..saya buat kuih bingka gandum (org terengganu panggil kuih bakar) takde resipi...hehehe pakai campak je. well sy nak amik la resipi ni..and sy letak sebijik or dua ubi kentang rebus...rasanya lebih enak n lembut. Butter n bijan tu semestinya di letak..agar bau lebih menawan. Tq
ReplyDeleteAs salam Yatie. Dah byk kali buat kuih bakar Pandan tp tk pernah lagi dpt menghasilkan kerak di bhgn bawah dan keliling. Boleh ke diberi tips apa yg Yatie buat utk dpt kerak spt dalam gambar di atas
ReplyDeletewkmsalam Azie,
Deletebiasanya yatie bakar guna api bawah dulu selama 30 minit, 20 minit api atas bawah dan 5/7 minit api atas sahaja, gunakan rak yg tengah ya..
Oven saya tak ada api bawah shj. Semalam bakar 1 jam 20 minit tapi bawah langsung tak ada kerak.
Delete