Sunday, March 14, 2010

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak lauk ketam, dah lama rasanya tak makan ketam. Bukannya apa...kat sini memang sukar nak dapat ketam atau ikan seperti di Malaysia. Alang2 dah jumpa, apa lagi saya pun masak ketam cili padi. Wow...sedap betul bila dah lama tak makan. Bila makan tak ingat orang kat sebelah....wakakaka...Mari kita lihat resepi yang mudah ini.


Bahan-Bahan
10 ekor ketam/secukupnya
Bahan kisar
10 biji cili padi
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

2 batang serai-ketuk
3 cawan santan
2 keping asam gelugor/keping
garam dan gula secukup rasa
Cara -Cara
  1. Blend bahan2 kisar dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul sebati. Masukkan santan dan asam keping.
  2. Masukkan ketam dan gaul sebati. Masukkan garam dan perasakan.
  3. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.

3 comments:

  1. amboi...awai2 pagi (kt sini la...) dah kuar ketam lemak cili padi! bak le semangkuk utk lunch nanti...! hehehe

    ReplyDelete
  2. wakakaka...boleh je...kat sini dah malam...akak masak sendiri lagi sedap...pergilah cari ketam cepat...

    ReplyDelete
  3. sedap nyer ketam masak lemak cili padi....esok nak masak la..

    ReplyDelete