Monday, March 15, 2010

Honest Scrap Award From Kaksu72


The award came with request to share 10 honest truths about me.

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebenarnya saya dapat tag dari Kaksu72....terima kasih ya akak di atas ingatan. Dalam seronok membaca tentang Kaksu72...saya juga kena menyiapkan tugasan yg di beri. Saya ni bukan pandai sangat bab2 ni, maklumlah masih baru lagi...jadi main ikut2 sajalah.
Oklah ini adalah serba sedikit 10 perkara yang anda semua ingin tahu tentang diri saya.

  1. Nama saya Nor hayati Ramlan, isteri kepada Mohd Khata bin Jabor dan mempunyai 4 orng anak iaitu 2 lelaki dan 2 orng perempuan dan berasal dari Johor begitu juga dngn suami.
  2. Kalau buat kerja tak suka bertangguh.....nanti makin banyak.
  3. Saya suka berterus terang dan tidak suka berahsia, lebih2 lagi kepada suami.
  4. Saya suka membaca berita2 terkini terutama melalui internet....ianya senang.....cepat.
  5. Saya suka berkawan tetapi pemalu sikit....kalau kawan tu mempunyai minat yg sama...best.
  6. Saya suka memasak, lebih2 lagi bila ada resepi terbaru...tak sabar nak cuba...seronok sangat.
  7. Saya suka dengar lagu2 nasyid...rasa tenang je....kadang2 layan juga lagu rentak lain.
  8. Saya suka warna coklat dan cream....kena betul dengan jiwa saya...
  9. Saya suka bergurau lebih2 lagi dngn anak2....tapi ada batasnya.
  10. Saya suka mengalah dalam apa jua hal....tetapi bergantung juga pada keadaan.

Hai dah siap pulak.....rasanya banyak lagi yang belum di tulis kat sini. Oklah kali ini saya pula kena pilih 10 orang kawan2 di blog yang lain. Kita tengok siapa pula yang kena. Di sini tiada paksaan...kalau ada kelapangan tu, bolehlah selesaikan tugasan ya.

1. Sari Yusa- Alam Sari
2. Kak Ita- Azita Kitchen
3. Juwita Fariz And Family
4. Zaiy -Kenangan Terindah
5. Deana D- NMY-House of Satay
6. Kak Rose- My Kuali
7. Kak Jalilah JY-Resepi Sumbanganku
8. As - NurKasih
9. MamaHawa-Singapore
10. Kak Aidah- My Life....Aku Redha.

No comments:

Post a Comment