Friday, March 12, 2010

Pulut Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua. Sebenarnya hari ini saya masak pulut kuning dan rendang daging sebagai tanda kesyukuran. Alhamdulillah penantian dan harapan saya bersama suami akhirnya tercapai. Semalam adalah merupakan hari yang paling gembira buat saya serta keluarga. Ini adalah kerana anak sulung saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Anak saya mendapat 10A dan ianya amat menggembirakan hati saya.

Terima kasih juga pada kawan2 semua....mungkin ini adalah berkat doa kawan2 di luar sana juga anak saya berjaya.
Rasanya saya ingin terbang pulang ke Malaysia untuk sama2 meraikan kejayaan anak dan memeluknya dengan penuh kasih sayang.....tapi apakan daya. Hanya doa dan harapan moga anak saya sentiasa di lindungi sentiasa dan hidup sentiasa di berkati. Mudah-mudahan anak saya tidak leka dengan kejayaan ini dan akan terus berusaha untuk kejayaan di dunia dan akhirat.

Oklah mari kita lihat resepi pulut kuning yang saya buat tadi. Rasanya mahu saja saya panggil kawan2 semua untuk menikmati makanan ini bersama2. Ianya bukan untuk berbangga...sekadar berkongsi kegembiraan bersama kawan2 semuanya.




Bahan-Bahan
4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul
Cara-Cara
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.

9 comments:

  1. ohhh.. gupernya dah ada anak bujang trang tang2 eh..? Thaniah..! kira pulut kuning ni bayar niatlah ya yatie? penat dah tunggu x sampai2 pun pulut kuning ni, perut dah lapar ni? he..he..

    ReplyDelete
  2. salam yatie...tak sangka ada anak bujang yg dh beso ye. nmpak mcm so muda lg. apa2pun tahniah ye atas kejayaan cemerlang anak yatie. Akak doakan semoga lbh cemerlang lg lepas ni.

    ReplyDelete
  3. sy pun tumpang gembira atas kejayaan mohamad talhah. mesti berbunga2 rasa hati di ketika ini kan yatie.
    sdap pulut kuning, dh lma sy xbuat. yati nmpk awet muda wlpun dh ada ank bujang. share petua ckit..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie,

    Dah ada anak bujang rupanya. Awet muda nampak.Tahniah, semoga beliau akan terus berjaya di masa2 akan datang.

    ReplyDelete
  5. Kak Am>> terima kasih ya akak ats ucap tahniah tu...ank sulung yatie umur 17thn...bujang daaa..pulut tu..yatie tlng makan kan ya...kih3..

    ReplyDelete
  6. Ain>> thanks ya Ain,mmng yatie dah ada ank bujang...yatie dah 37 thn..

    Zaiy>> thanks ya Zaiy..petua awet muda tu takdelah..mmng skrng hati yatie tersangatlah gembiranya coz ank berjaya...mudah2an dia akn terus berjaya di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  7. Kak Aidah>>Waalaikumsalam akak,terima kasih banyak2...mudah2an ank yatie terus berjaya di dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  8. Yatie semoga tak terlambat ita nak ucapkan tahniah pd hafiz...dan utk suami Yatie juga... alhamdulillah segala doa dan pengorbanan Yatie dimakbulkan..Allah lama tak dgr citer yatie...tau2 dah balik M'sia dah... selamat pulang ke tanah air... bila la dpt jumpa yatie lg ye...

    ReplyDelete
  9. terima kasih Ita..syukur Alhamdulilah semuanya di permudahkan..berbaloi pengorbanan selama ini..

    ReplyDelete