Sunday, March 7, 2010

Ayam Masak Tomyam

Salam dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ringkas2 je....ayam masak tomyam. Biasanya saya masak tomyam campur, tapi hari ni saya masak tomyam ayam. Hari ni busy sikit....bila dah penat tu masak pun yang ringkas2 jelah....tapi takpe, dari tak masak langsung.... sendiri juga yg kelaparan....kih3.... Oklah mari kita lihat bahan-bahannya.


Bahan-Bahan

1 ekor ayam- dipotong 12
1 biji bawang besar- belah 4
4 btg serai-dititik
1 inci lengkuas-dititik
1 inci halia- di hiris
4 sb pes tomyam/3 ketul kiub tomyam
10 biji cili padi-ketuk aje(ikut kepedasan masing2)
3 biji limau nipis-perah jus (ikut kemasaman yg disukai)
6 helai daun limau purut
sayur spt babycorn,carrot & cauliflower
2 biji buah tomato-belah 4
5 cwn air(ikut anggaran masing2)
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya.
  1. Didihkan air kemudian masukkan bawang, halia,pes tomyam,serai & lengkuas.
  2. Masukkan cili yg di ketuk.
  3. Biarkan mendidih....setelah mendidih, masukkan ayam ... biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan carrot.
  4. Kacau rata dan bila hampir masak ayam tu, bolehlah dimasukkan babycorn, cauliflower dan buah tomato.
  5. Masukkan garam dan sedikit gula.
  6. Masukkan jus limau nipis dan gaul sebati.
  7. Kalau rasa dah ok, bolehlah angkat dan di hidangkan bersama nasi putih atau di makan begitu saja.

3 comments:

  1. akak pulak suka tomyam seafood more compared to tomyam ayam! tapi tak pernah buat lah.hihihi

    ReplyDelete
  2. salam yatie...cuaca panas2 nie mmg sedap mkn yg brkuah2 kan...

    ReplyDelete
  3. salam yatie...wah jumpa tomyam lak kat sini...baru dua hari lepas kita masak tomyam campur...siap hirup2 lagi cik abe kita,suka sgt...katanya..emm tomyam ayam pun tak kurang sedapnya...

    ReplyDelete