Tuesday, January 26, 2010

Kuih Lapis Nyonya

Salam sejahtera semuanya.Hari ini teringin nak buat kuih lapis yang macam pelangi tu. Kuih lapis ni rasanya kenyal2 sikit tetapi sedap macam dodol pulak. Terasa juga kelainannya. Kalau nak rasa cubalah buat ya kawan2 semua.Resepi asal kuih ini adalah dari kak fida di my resepi. Terima kasih ya kak fida resepi yg sedap ini...



Bahan-bahan

  • 300 g tepung beras (3 cwn rata) - (cap Gajah)
  • 300 g tepung ubi/tapioca flour (3 cwn rata)
  • 550-600 g gula pasir (2 cwn rata + 8 sb rata)
  • 1100 ml santan cair
  • 740 ml santan pekat
  • 1 sk garam
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut pilihan masing2
  • **(guna 2 biji kelapa parut untuk mendapatkan santan...tapi akak guna 300 ml santan kotak KARA = 100ml santan KARA+1000ml air untuk santan cair dan 200ml santan KARA+540ml air untuk santan pekat)

Cara-cara

  1. Didihkan air di dlm kukusan dan panaskan loyang yg disapu sedikit minyak.
  2. Di dlm sebuah mangkuk,campurkan tepung2 dan santan pekat,gaul dan ketepikan.
  3. Di dlm periuk,campurkan santan cair,gula,garam dan daun pandan.Kacau rata dan masak hingga mendidih dan matikan api lalu tuangkan terus ke dlm mangkuk berisi campuran tepung.(Hati2 ketika melakukan tahap ini!)
  4. Tapiskan pula campuran tadi ke dlm sebuah mangkuk yg lain.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  5. Tuang selapis adunan dan kukus hingga 5 min atau masak dan kukus lapisan berwarna seterusnya hingga habis.Kukus lapisan terakhir selama 15-20 min supaya kuih masak keseluruhannya.(loyang tk perlu di keluarkan dr kukusan ketika melapis)
  6. Biarkan kuih benar2 sejuk di dalam loyang sebelum boleh dipotong.
  7. **dalam 1 adunan kuih lapis ni,saya sukat 1 1/2 cwn bagi setiap lapis dan mendapat 8 lapisan...Apabila kuih dah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

2 comments:

  1. salam yatie...hari2 masak sedap2 ni. tentu anak2 n hubby happy ye hari2 mkn sedap2...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam...mmng kak Ita, semuanya suka....

    ReplyDelete