Bahan-bahan untuk nasi :
4 cawan beras Basmathi(saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - dipotong anggaran 3" panjang
4 ulas bawang merah (**)
4 ulas bawang putih (**)
1" halia (**)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar butter
Garam secukupnya
Cara-cara :
- Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan ketepikan.
- Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur.
- Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan2 yang telah dikisar bersama rempah tumis hingga naik bau.
- Masukkan kiub ayam dan tambah sedikit air. Didihkan hingga kiub hancur dan sebati.
- Masukkan garam, serai dan butter dan didihkan hingga sekejap.
- Tuang ke dalam periuk berisi beras. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan masak macam biasa.
12 ketul ayam yang dipotong besar
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
Cara-cara :
- Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.
- Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 20 minit.
- Bakar selama 40 minit dan sesekali balik-balikkan( pada suhu 200C.)
- Boleh juga di goreng(kalau nak cepat)
4 ulas bawang putih(rendam air panas kejap)
4 batang lada merah basah(rendam air panas kejap)
2 sb cuka
gula dan garam secukup rasa
2 sb sos tomato
Cara-cara
1. Kisar bawang putih dan lada merah.Masukkan cuka dan sos tomato.Gaul sebati.Masukkan gula dan garam secukupnya
Bahan-bahan sambal kicap
8 biji cili hijau/padi
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
6 sb kicap(secukupnya)
gula dan garam secukupnya
Cara-cara
1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar cili padi bersama dengan bawang putih.Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.Masukkan pula gula dan garam secukupnya. Perahkan limau kasturi dan boleh di hidangkan.
Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
1 biji kentang
1 btng carrot
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
2 ulas bawang putih(hiris)
2 ulas bawang merah(hiris)
1" halia(hiris)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih
1 paket rempah sup - dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di hiris. Masukkan rempah tumis.
- Masukkan pes rempah sup dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan kacau sekejap sebelum ditambah air secukupnya. Biarkan hingga mendidih.Masukkan pula kentang dan carrot. Biarkan sehingga semuanya empuk.
- Masukkan garam dan perasa secukupnya.
- Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.
No comments:
Post a Comment