Friday, November 15, 2013

Sotong dan Kacang Panjang Bersambal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ringkas lagi hari ni. Kalau nak cepat biasanya saya masak lauk 2 in 1, senang kerja. Suami dan anak2 tak memilih makanan, apa yg di masak....di makan dngn penuh kesyukuran. Kalau ada yg teringin nak merasa tu, bolehlah cuba masak sendiri ya, alahaiiiii resepi mudah je ni. Jom semak resepinya.



Bahan-bahan

  • 500 gm sotong (dibersihkan dan toskan)
  • 10 btng kacang panjang - ptng pendek
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 cwn cili kisar
    1 sudu besar kicap jalen manis
  • 1 kiub pati ikan bilis
    garam dan gula - secukup rasa
  • 1 /2 cwn minyak utk menumis
Bahan kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah (bwng kecil)
  • 1/2 inci belacan 
Cara-cara
  1. Rebus sotong separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Masukkan jus asam jawa.Kacau rata2.
  4. Masukkan kcng panjang, gaul sebati dan tutup kuali.
  5. Buka penutup kuali dan masukkan sotong. Gaulkan sebati.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.
  7. Setelah siap, angkat dan bolehlah di hidangkan.

Wednesday, November 13, 2013

Rendang Ayam - Kak Liza

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je rendang ayam. Kebetulan teringin sangat nak makan rendang, tu yg gandingkan sekali dngn nasi impit. Menu ni walau ringkas tapi suami dan anak2 cukup berselera menikmatinya. Resepi K.Liza ni mmng mudah, tak payah menumis segala. Saya pun dah bnyk kali masak rendang guna resepi ni. Kawan2 boleh juga lihat di blog Kak Ummi. Pada peminat rendang tu, bolehlah mencubanya, kalau makan dngn pulut kuning, lagilah sedap. Jom semak resepinya.



Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor 
  • 2 sudu besar gula melaka yg di racik 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering- Yatie guna 3 sudu besar cili kisar
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Monday, November 11, 2013

Talam Skoteng

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni sedap layan Talam Skoteng. Sebenarnya lama tak buat kuih2 talam ni. Hari ni teringinlah plk nak buat dan makan kuih talam ni. Semua sedia maklum, saya mmng suka kuih2 kukus dan lembut mcm ni. Kalau suami dan anak2 mmng dah tau dahhhhh... kalau mama dia dok ngadap trio steamer tu kat dapur....adalah kuih talam kegemaran mama...he3...Sebelum ni pernah buat tapi tak sempat ambil gambar sbb nak cepat dan bersiap utk di bawa ke kampung. Jadi malas nak potong kuih lembut ni, nak tangkap gambar lagi.....so arini special saya kongsikan kat sini.

Resepi asal letak warna pink je lapisan atas tu, tapi mcm biasalah anak saya Hamka tu, mesti kena letak warna hijau sikit....so saya pun buatlah lapis. Tak kisahlah asalkan sedap dan semuanya suka....tapi mmng sedap betul kuih ni,terasa lemak manis dan lembutnya. Terima ksih pd Chef Asma berkongsi resepi Talam Skoteng yg sangat sedap ni. Ramai juga kawan2 yg telah mencubanya. Kalau ada yg teringin tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap sngt. Skoteng juga boleh lihat di blog Am-Flora.











Bahan utk Lapisan Bawah (Loyang 10x10x2 @3)
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • 150g tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
  • 150g gula castor*
  • 1tsp garam*
Cara2nya
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
  2. Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata.
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit. 
  4. Loyang hendaklah di alas plastik terlebih dahulu dan lenserkan minyak di kelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus.
Bahan utk Lapisan Atas
  • 150gm tepung gandum
  • 300gm gula halus
  • 3 biji telur
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink
Cara2nya
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah.
  3. Kukus selama 30 minit.
  4. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
**Bagi kelihatan kuih spt saya buat, bahagian adunan lapisan atas tu saya bahagikan pd 2 bahagian. Satu letak warna hijau dan perisa pandan dan satu bahagian lagi letak kaler pink dan perisa ros. Masa nak tuang adunan hijau masak sebentar hingga naik wap, tuang dan kukus 10 minit. Bila dah masak, ambil adunan pink dan masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan hijau dan kukus 20 minit. Kalau nak senang buat satu warna je seperti resepi asal. Selamat mencuba...
Related Posts with Thumbnails