Friday, September 28, 2012

Kuih Lapis Seri Pandan Keledek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak mengukus kuih. Macam biasalah sebagai memanaskan dapur maya Yatiememories ni, tuan rumah hidangkan tetamunya dngn kuih lapis seri pandan keledek. Perasan tak kuih yg saya buat sendiri, mesti ada nama seri. Ini sempena nama anak2 dara saya...kalau mereka baca ni, tentu diaorang suka sangat. Maklumlah mamaNya abadikan namanya di setiap kuih yg  dihasilkan. Alahaiii sekadar suka2 je sebenarnya. Kita yg buat dia...kita juga yg letak namanya..tak kisahlah kan...

Sebenarnya kuih ni saya buat 2 hari lepas. Masa nak n3 tu tenet slow sangat, baik2 tngh mood ok, jadi tak ok semula. Last2 lupakan je niat nak kongsikan resepinya masa tu. Hari ni barulah berkesempatan nak kongsikan bersama. Kuih ni sedap, lembut dan lemak manis. Pada penggemar kuih2 tradisional ni, bolehlah mencubanya.


Bahan- Bahan.(loyang 9")
  • 2 1/2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cwn santan  pekat
  • pewarna hijau/perisa pandan dan pewarna oren
  • 2 cawan keledek-yg telah direbus dan dilecek*
  • 2 cawan santan cair*(* dikisar halus)
Bahan perlu di masak dan jadikan sirap gula..
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 3 helai daun pandan
Cara Menyediakannya
  1. Masak bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan suam.
  2. Satukan ke semua tepung dan garam.. Masukkan campuran sirap gula dan santan, kacau rata dan tapis. Kalau nak mudah, blend semuanya.
  3. Kisar keledek bersama santan cair. Tuangkan kedlm adunan tadi dan gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diletak pewarna hijau/perisa pandan dan satu bahagian lagi di letak pewarna oren.
Cara memasak kuih
  1. Panaskan pengukus. Saya guna loyang 9 inci. Alaskan plastik di permukaan loyang dan sapukan sedikit minyak di sekelilingnya.
  2. Tuang adunan oren sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7 minit/hingga masak dengan api sederhana kuat.
  3. Setelah masak,baru lapiskan dengan warna oren dan kukus lagi selama 5-7 minit.
  4. Ulangi lapisan seterusnya sehingga habis. Bagi lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
  5. Setelah masak, buka penutup tapi jngn matikan api dan biarkan lagi kukus selama 5 minit. Setelah siap, matikan api dan angkat.(ini bagi mengeringkan permukaan kuih dan kuih tahan lama)
  6. Biarkan sehingga kuih betul2 sejuk barulah di potong.
**Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

Thursday, September 27, 2012

Begedil Udang

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan begedil udang tak? Begedil udang ni mcm begedil ayam je sebenarnya, cuma tukar daging ayam kisar pada potongan udang kecil2. Rasanya, jngn citerlahhhh...mmng sedap di makan begitu saja. Kalau tak caya, anda cubalah sendiri. Jom semak resepi mudah ni.





BAHAN BAHANNYA
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 1 cawan isi udang-dipotong kecil
  • 1 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 tangkai daun sup- dihiris halus
  • 1 tangkai cili merah- belah 4 memanjang dan buang biji-ptng kecil2
  • 1 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Lenyek kentang ketika masih panas2 lagi ya.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  3. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  4. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  5. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Tuesday, September 25, 2012

Upsidedown Pineapple Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek ni saya buat sebelum anakanda Talhah berangkat ke UK. Dalam pada sibuk2 mengemas mlm tu, saya luangkan masa buat 2 biji kek kegemarannya. Inilah antara kek kegemaran Talhah, lepas ni dah kena buat/masak sendirilah kalau teringin nak makan tuuuuu...
Masa ni malam, ambil gambar pun lebih kurang je, kek yg dipotong pun tak sempat nak ambil. So layankan jelah gambar yg tak seberapa ni. Resepi ni dari Mat Gebu. Saya dah banyak kali buat kek ni. Kawan2 boleh lihat diSINI dan diSINI. jomlah semak resepinya. Pada yg belum pernah buat tu, bolehlah cuba..mmng mudah dan semestinya sedap.



BAHAN-BAHANNYA
  • 2 tin nenas berkaleng/gegelang dalam tin-ditoskan
  • Ceri merah secukupnya
  • 250 gm mentega
  • 5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
  • 135 gm gula halus
  • 135 gm tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak 3 kali)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/4 cwn jus nenas dlm tin- saya tambah
Bhn utk karamel
  • 2 camca besar butter di cairkan
  • 1/4 cwn gula perang/brown sugar
CARA MEMBUATNYA
  1. Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak dengan sedikit mentega juga.
  2. Tuang butter yg di cairkan ke dlm loyang dan tabur rata brown sugar.
  3. Susun gegelang nenas dalam tin, sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2). Ketepikan.
  4. Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih, masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata dan ketepikan.
  5. Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
  6. Tuang dalam tin tadi dan ratakan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidangkan. Kek ni memang sedikit turun bila masak.
  7. Setelah kek sejuk, terbalikkan biar permukaan nenas kat atas. Sebab tu nama dia Upside down.
Related Posts with Thumbnails