Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama Persekolahan Hamka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni tentu ibu bapa sibuk menguruskan anak2 yg baru masuk sekolah setelah lama bercuti. Lebih seronok bila melihat telatah anak2 yg berusia 5,6 dan 7 thn. Saya juga adalah antara ibu bapa yg menghantar anak memulakan persekolahan dlm darjah satu. Hari ni anak bongsu saya Mohamad Hamka bin Mohd Khata memulakan sesi persekolahan dngn penuh semangat. Bangun pagi terus mandi dan tak sabar2 nak ke sekolah katanya. Sejak malam risau juga di buatnya takut Hamka buat pe'el takmo ke sekolah. Syukur alhamdulillah bila sampai sekolah, dia asyik tersenyum je tanda seronok dan sudah bersedia utk memulakan sesi pembelajaran.

Bila pulang dari sekolah je, belum sempat saya tanyakan soalan padanya...macam2 yg di ceritakan. Paling seronok dan menyenangkan hati saya bila Hamka cakap sendiri SERONOK HARI NI KAT SEKOLAH MAMA....TAK SABAR NAK PERGI SEKOLAH LAGI ESOK... uwaaaa sebagai seorang ibu, itulah ayat yg sungguh menggembirakan dan menyenangkan hati. Mudah2an lepas ni Hamka akan bertambah2 rajin utk ke sekolah. Sekurang2nya bila dia dah minat nak kesekolah, akan datanglah sikap rajin belajar lepas ni..mudah2an.

Oklah jom kita tngk gambar2 yg sempat saya ambil buat kenang2an. Bila Hamka dah besar nanti, dapatlah dia tengok balik kenangan masa permulaan persekolahannya. Hari ni saya letih sikit sbb pkl 4.30 pagi lagi saya dah terjaga dari tidur. Bila sedar tu mata terang berderang dah takmo lelap lagi. Tak sabar nak tengok Hamka sekolah dlm darjah 1 hari ni.....hai mamaNya pula yg tak sabar nak hantar anak2 ke sekolah. Hari ni wat saya tersenyum je sepanjang hari bila kenangkan telatah anak2 di sekolah....


Baru dapat buku teks, tu yg sampai senget2 bawa beg yg berat..

Baru balik dari sekolah masa ni,penat dan mengantukkkkk..he3..

Masa kat perhimpunan,lama sangat..tu yg cikgu beri duduk...

Tuesday, January 3, 2012

Talam Pisang Dan Happy 2nd Bloggersary S.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah hari ini 3.1.2012 blog Sinar Kehidupanku atau Yatiememories berusia 2 tahun. Moga terus suksess dan terus bertahan selagi mampu. Terima kasih pada rakan2 yg sudi berkunjung, teman2 di alam maya ataupun di alam nyata, silent reader, follower2, teman2 FB dan juga kenalan walau di mana jua anda semua berada juga buat kaum keluarga yg di kasihi. Kunjungan, dorongan dan kata2 semangat dari kawan2 semualah yg membuatkan blog Sinar Kehidupanku masih bertahan hingga ke hari ini. Saya amat2 menghargainya.

Terima kasih juga buat follower2 baru dan lama yg sudi mengikuti perkembangan blog ini. Maaf sekiranya saya terlepas pandang. Saya akan buat kunjungan balas sekiranya kawan2 meletakkan link yg betul. Kadang2 timbul masaalah bila nama tu takde link.

Terima kasih juga buat rakan2 blog masakan yg selama ini berkongsi resepi, idea, petua dan pengalaman. Alhamdulillah dngn berblogging inilah membuatkan skill masak2 saya bertambah baik dan bertambah sedap....itu pun pengakuan dari saya sendiri, suami tersayang, anak2 yg sentiasa mengatakan iye sedapnyaaaa masakan mamaNya, juga kaum keluarga yg sentiasa ingin merasa sesuatu yg baru dari masakan saya. Bila kaum keluarga sendiri mengatakan sedap tu, bertambah2 rajinlah kita kedapur....hilang segala penat.Terlalu banyak manfaat dari berblog ni,banyak ilmu yg di kongsikan bersama. Moga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya. Semoga dngn perkongsian ilmu ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

Akhir kata sambutlah Salam Sayang dari Yatiememories. Terima kasih atas sokongan selama ini. Tanpa kunjungan dan sokongan dari anda semua tak mungkin blog Sinar Kehidupanku bertahan hingga ke tahap ini...(sekadar tahap biasa2 je..he3..) Terima kasih sekali lagi.

Jom kita tngk resepi Kuih Talam Pisang yg saya buat malam tadi. Kuih ni sedap dan lembut sangat. Terma kasih pada Sakinah Omar kerana berkongsi resepi yg best ni, juga buat CM yg memberi idea utk saya mencuba resepi ni. Pada peminat kuih talam mcm saya ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng best..






Kuih Talam Pisang.(Yatie guna loyang bulat 8x3 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna kuning- Yatie tak letak sbb dah guna utk lapisan bawah/ pisang
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

Monday, January 2, 2012

Murtabak Lapis Kraker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sibuk sikit sebab uruskan anak bongsu yg naik darjah 1 pada 4 januari ni. Persiapan lebih sikit sebab tahun ni juga Hamka memulakan persekolahan agama sebelah petangnya. Nampak gaya mmng bertambah sibuklah di buatnya.
Ok, malam tadi saya buat Murtabak Lapis Kraker ni utk makan2 sambil menonton tv, di samping tu juga dah plan utk bf sekali. Bila makan murtabak ni terasa kenyang yg amat....tak payah nak makan nasi lagi. Betul kata K.Ummi, mmng terasa seolah2 makan murtabak yg di beli dan tentunya mengenyangkan. Pagi tadi, tak perlulah saya menyiapkan sarapan pagi. Murtabak Lapis Kraker sedia terhidang...cuma perlu di panaskan je. Murtabak ni juga sesuai buat minum petang juga. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya....ianya mudah dan semestinya sedap..tak percaya....cubalah sendiri, baru tau kesedapannya...

Terima kasih pada Paty's Kitchen kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 500 ml santan (*akak letak 400 ml je, Yatie pun sama)
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging
  • 500 gm daging kisar (*akak guna 400 gm je)
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (*akak buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas diakhiri dengan biskut krakers, Yatie pun buat mcm K.Ummi)
Related Posts with Thumbnails