Sunday, April 11, 2010

Daging Masak Asam Pedas

Salam dan selamat sejahtera kawan2 semua, moga semuanya ceria2 sentiasa. Hari ini saya masak daging asam pedas. Sebenarnya saya tak pernah masak daging asam pedas. Rasa teringin sangat nak masak, lebih2 lagi bila pergi rumah kawan2...ada yg menghidangkan masakan ini. Bila dah siap masak, kami sekeluarga pun menjamu selera di samping lauk sampingan. Alangkah terperanjatnya dan bercampur gembira, sedap sangat daging masak asam pedas ni. Saya makan bertambah2...suami dan anak2 pun memuji2 sebab sedap. Saya rasa tak rugi mencubanya. Bagi sesiapa yg minat lauk asam pedas tu, bolehlah mencubanya....bagi yg tidak tu, tengoklah je.


Bahan-bahan
  • 1 kg daging( saya guna yg ada tulang2 sikit)
  • 5 tangkai daun kesom
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar (dlm 20 btng cili kering)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam*
  • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
  • Air secukupnya (3 cwn)
  • sedikit belacan
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Daging dipotong2 cuci bersih dan toskan. Rebus hingga empuk dan buangkan airnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan daging tadi, gaul rata dan masak hingga daging lembut. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan, daun kesom dan tambah garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih lagi dengan api perlahan.
  5. Rasa dan jika dah ok boleh matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Saturday, April 10, 2010

Award Dari Sheila

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini saya hendak letak award yang di beri oleh seorang lagi sahabat di alam cyber iaitu Sheila (NShafea Duniaku). Terima kasih diatas ingatan dan kesudian memberikan award yg cantik ini. Dengan berbesar hati saya menerima award ini dan ianya lambang persahabatan yang terjalin walaupun kita terpisah jauh beribu batu, namun dekat di hati. Semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya dan dengan penuh harapan moga suatu hari nanti kita pasti bertemu. Semoga kita sentiasa di lindungi oleh yg maha Esa dan semoga hidup sentiasa di berkati.


Award Dari Azlina

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Harap anda semua ceria2 selalu di samping tugas serta keluarga tersayang. Sebenarnya hari ini saya nak letak award yg saya dapat dari seorang sahabat di alam cyber iaitu Azlina(Terimalah Aku Seadanya). Terima kasih di atas ingatan dan dengan berbesar hati saya menerima award ini. Saya rasa amat gembira dengan award ini, dan ianya satu penghargaan buat saya sebagai kawan dan sebagai ibu. Semoga ianya menjadi lambang persahabatan dan semoga persahabatan ini berkekalan hendaknya.



  1. Mohamad Talhah bin Mohd Khata. T. L.=> 29-6-1992
  2. Seri Izzati binti Mohd Khata. T. L.=> 9- 5-1996
  3. Seri Irdina binti Mohd Khata. T. L.=> 25-8-2000
  4. Mohamad Hamka bin Mohd Khata. T. L.=> 10-12-2005
Related Posts with Thumbnails