Monday, January 2, 2012

Murtabak Lapis Kraker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sibuk sikit sebab uruskan anak bongsu yg naik darjah 1 pada 4 januari ni. Persiapan lebih sikit sebab tahun ni juga Hamka memulakan persekolahan agama sebelah petangnya. Nampak gaya mmng bertambah sibuklah di buatnya.
Ok, malam tadi saya buat Murtabak Lapis Kraker ni utk makan2 sambil menonton tv, di samping tu juga dah plan utk bf sekali. Bila makan murtabak ni terasa kenyang yg amat....tak payah nak makan nasi lagi. Betul kata K.Ummi, mmng terasa seolah2 makan murtabak yg di beli dan tentunya mengenyangkan. Pagi tadi, tak perlulah saya menyiapkan sarapan pagi. Murtabak Lapis Kraker sedia terhidang...cuma perlu di panaskan je. Murtabak ni juga sesuai buat minum petang juga. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya....ianya mudah dan semestinya sedap..tak percaya....cubalah sendiri, baru tau kesedapannya...

Terima kasih pada Paty's Kitchen kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.




Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)
  • 18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 500 ml santan (*akak letak 400 ml je, Yatie pun sama)
  • 1 tin susu cair
  • 6 biji telur
Untuk Lapisan Daging
  • 500 gm daging kisar (*akak guna 400 gm je)
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket serbuk kari daging
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula
Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.
Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (*akak buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas diakhiri dengan biskut krakers, Yatie pun buat mcm K.Ummi)

12 comments:

  1. sedapnya kak yatie...dah lama teringin nak makan murtabak lapis cracker ni. salin resepi dulu ye..

    ReplyDelete
  2. salam yati...mmg nmpak sedap murtabak ni, tp Liza xterbuat pun lg...mintak sepiring blh? hihihihi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yati...

    Sedapnya....Tak baik buat Kak Lin terkempunan tau...hik3...

    ReplyDelete
  4. aduhai..sedapnya..
    bila lah agaknya sy dapat mencuba....
    selamat tahun baru kak yatie

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru..ermmm..Nampak sedap..bleh la mama try nanti..Terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru 2012 Yatie....mmmm sedapnya murtabak lapis kraker tu.....

    ReplyDelete
  7. Dah buat dah kak...mmg sedap dan mengenyangkan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykumwbh Kak Yatie....

    Haaaaaaaa yg ni ayu blom try lagi..dap dap dap nyeeee...mmm ingat nak tapau je la dr sini....dan bawa ke sinun...bley?:)

    ReplyDelete
  9. dah lama akak simpan resepi ni..waaah..rasa dah termengidam sgt dah ni yatie..hehe

    ReplyDelete
  10. Salam saya memang suka resipi ini mudah....dan cukup sesuai buat sajian petang

    ReplyDelete
  11. Klu x letak santan bleh ke??

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails