Friday, May 28, 2010

Kuih Lapis Pisang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Semoga anda semua ceria di pagi yg indah dan penuh keberkatan ini. Dah breakfast ke belum? Hari ni saya breakfast kuih lapis pisang....rasanya sedap sangat. Hari tu tengok kuih ni kat umah Kak CT, lepastu rumah K.Ummi...rumah K.Jun pulak...dan ada juga di rumah Ika. Saya pun dah memang peminat setia kuih talam dan kuih lapis ni...tak sabar nak mencubanya. Memang sedap dan tak rugi mencubanya. Resepi asal adalah dari Kak Liza chef tersohor tu. Terima kasih ya akak2 semua yg sudi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Saya C&P dari rumah K.Ummi


Bahan A:-
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

12 comments:

  1. salam yatie..

    akak dah buat talam suji sedapppp...
    mmg menjadi..... kawan2 memuji..
    macehh..

    ReplyDelete
  2. salam yatie,

    kita pon teringin nak melapis kuih tau...nanti kita wat jugak la ni..pasal nak makan, esp lepas tgk sini :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak,rasa nak gigit je kuih tu......berseri2 warnanya,

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Cantiknya kuih tu... warnanya pun menarik

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie!! kita bwkkan akak beehoon goreng siam, kita nak kuih lapis akak yg cun tuuuuu :D sedap kan sbb ada pisang, suke betul dgn rasa dia :D

    ReplyDelete
  6. cantiknya kuih tu...mcm mana nak potong dengan kemas mcm tu?

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie,
    wah....! kalu kuih lapis kak yatie memang cantik dan menjadi. yum, saya suka rasa pisang... amik satu ketul ya kak? hihi..

    ReplyDelete
  8. Kak Jalilah=> wkmsalam, sama2 kak...tahniah sebab kuihnya menjadi...

    Yat Maria=> wkmsalam, memang sedap kuih ni...nak membuatnya pun mudah je....cubalah..

    ReplyDelete
  9. Mas=> memang sedap Mas..cubalah buat...pastu gigit2 kuihnya ya....hah3..

    Nida=> wkmsalam, thanks Nida...kuih ni mmng sedap tau...cubalah..

    ReplyDelete
  10. Ika=> wkmsalam, thanks Ika bawakan akak bee hoon goreng siam tu...sedap sangat...ni akak pulangkan mangkuk,akak isi kuih lapis pisang kegemaranmu itu....suka tak...

    Chik Mimi=> cantik dan sedap kuih ni...cubalah...

    ReplyDelete
  11. WKJ=> thanks, kuih talam atau kuih lapis, kena betul2 sejuk barulah di potong....gunakan pisau plastik/pisau potong kek...barulah kuihnya cantik bila di potong..

    Indahhouse=> wkmsalam, thanks Indah....nah akak bagi sepiring utk Indah...mmng sedap ada rasa pisang...makan ya..hi3..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails