Friday, March 20, 2015

Talam Suji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama dah tak buat kuih2 talam ni, rasa teringinlah pulak nak makan kuih talam. Bila nak buat ni, peninglah pulak, kalau boleh semua2 nak di buatnya. Kalau kat rumah ni ramai takpelah juga ada yg makan, ni cuma Dina dngn Hamka je. Kalau nak buat pun time ada tempahan dan nak bawa blk kmpng, masa tu buatlah lebih. Ok kali ni saya buat talam suji kegemaran kami sekeluarga. Resepi mcm biasalah dari Chef Asma yg mmng terkenal dngn kuih muih yg cantik dan sedap tu. Banyak kali saya guna resepi ni, mmng mudah dan semestinya sedap sangat. Pada kwn2 yg masih tercari2 lagi resepi talam suji sedap tu, boleh cuba resepi ni.




BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)
  • 180gm tepung suji @ semolina
  • 450gm air
Bahan (B)
  • 220gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 200ml santan (saya guna santan kotak Kara)
  • 250ml air
  • pewarna kuning
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk.
  2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A.
  3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
  4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.
BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)
  • 300gm gula merah
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
Bahan (B)
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 250ml santan (saya guna santan kotal Kara)
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
  2. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata
  3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.
  4. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan.
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

12 comments:

  1. Dah lebih 2 bulan simpan bahan untuk kuih talam suji.... tapi belum ada keberanian nak buat... kok takut temen aku ini dengan kuih talam ye Tie... wedik orak dadi!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak yatie. Lama betul sy x mkn talam suji ni

    ReplyDelete
  3. sangat sedap kuih ni. slalu buat untuk order

    ReplyDelete
  4. Assalam Sis Yati, tergoda tengok resepi Sis Yati, kuihnya talamnya cantik cantik. Baru nak belajar buat kuih. Kalau kita nak guna sukatan cawan, macam mana ye Sis?

    ReplyDelete
  5. oke deh saya coba buat tar sore,, pasti sedap sekali..Obat Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete
  6. Wes suwi orak nggawei ki kak yatie...enak eii

    ReplyDelete
  7. saya suka sgt dgn resepi talam akak cantik dan menawan mesti sedap rasanya cuma leceh la nk guna timbang. ada x sukatan dlam cawan

    ReplyDelete
  8. nampak macam sedap kuih talam suji ni..lepas ni boleh la belajar buat

    ReplyDelete
  9. Bahan A air tu guna sukatan timbang ye? Brp ml tu?

    ReplyDelete