Friday, February 21, 2014

Terubok Masin Goreng Tomato Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu biasa2 je arini tapi menyelerakan. Suami makan penuh selera, tak sangka menu yg sempoi ini buatkan suami makan bertambah2. Anak2 mcm biasalah tak layan menu mcm ni, lagipun tak sesuai sbb tulangnya banyak, walaupun halus anak2 mmng tak reti nak makan ikan masin terubok ni. Kebetulan suami beli masa kat Sarawak tempohari, saya mmng tak tau nak buat apa dngn ikan masin ni. Selalu goreng mcm tu je, tu pun jarang makan. Bila dah ada ni, kenalah cari resepi yg mudah tapi sedap. Cari punya cari, jumpalah resepi di blog Shahriah Abdullah Masterchef Malaysia. Jangan main2...Shaa ni mmng pandai masak tau, kalau singgah blog beliau buat kita terhibur. Mana taknya selain resepi yg best2 Shaa pandai berbicara..gaya bahasa yg spontan dan selamba buatkan kita suka membaca nukilannya. Shaa ni siapa tak tau kan, beliau merupakan seorang penulis novel yg hebat....Pada siapa2 yg belum singgah blog beliau tu, cubalah singgah.....macam2 ada....Mekasih Shaa berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Akak kongsikan resepinya kat sini ya...

 

BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 ekor ikan terubok masin
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 biji tomato hijau- di potong bebaji
  • 6 ulas bawang merah *hiris halus/mayang
  • 4 ulas bawang putih *hiris
  • 3 cm halia muda *potong julien/batang mancis
  • 15 tangkai cili padi siam merah *hiris
  • 3 sudu besar cuka masak
  • 1/2 cawan air
  • gula
  • garam
  • minyak secukupnya
CARA :
  1. Buangkan sisik ikan, potong ikan terubok masin kepada 4 bahagian 
  2. Cuci bersih dan toskan sehingga kering.
  3. Taburkan dengan 2 sudu besar tepung beras dan gaul rata.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan ikan masin tadi. Angkat dan toskan di atas tisu dapur. Ketepikan dulu.
  5. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan, bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga layu.
  6. Masukkan air dan cuka renehkan sebentar.
  7. Masukkan gula dan garam.
  8. Masukkan ikan terubok masin dan buah tomato.
  9. Renehkan sebentar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

1 comment:

  1. Assalam.. nampak menyelerakan.. makan lak ngan nasik panas2.;. hari tu balik Swk malas lak nak beli..sbb kompem bertahun2 lam esbok pastu x makan..

    tp bila dah x beli..teringat2... hhehe.. kalau x nak tulang dia halus2 sgt, blh just potong 2 bahagian jer ikan tu.. :)

    ReplyDelete