Friday, October 25, 2013

Kek Lumut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni terajin sikit sbb buat kek lumut. Lama tak buat kek, kebetulan pagi tadi dah keluarkan butter awal....sambil masak utk lunch saya pun kukuslah kek lumut ni. Lagipun kukus kek ni makan masa 2 jam, bila sambil masak tak terasa lamalah....terasa kejap je dah masak. Bila petang tu dah boleh wat minum petang..mudahkan. Kek ni sedap, lembut, lemak dan moist je. Kek ni manis sikit, jadi saya dah kurangkan pengunaan gula dan seri kaya tu dlm adunan kek. Rasanya mmng moist je. Sebelum ni pernah juga buat di SINI dan SINI. Pada yg belum pernah merasa tu, bolehlah cuba..mmng sedap sngt. Terima kasih pada Dayang Jack berkongsi resepi kek yg sedap ni. Izinkan sekali lagi Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya.



Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus
  • 250 gm mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya
  • 2 sudu besar seri kaya
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

3 comments:

  1. Assalamualaikum..mmg sedap kek ni..lama x buat nampak yatie buat terguda pulak....

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar pula nama kuih ni. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  3. kak yati,nk tanya ....kek lumut ni bole simpan berapa lama...?

    ReplyDelete