Tuesday, October 1, 2013

Kari Ikan Gaya GOA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu kari ikan gaya GOA yg kerap saya masak. Walau tak guna rempah kari, tapi rasanya sedap sangat. Terima kasih pada penyumbang resepi asal iaitu Chef Wan dan saya kopipes dari Mat Gebu. Kalau dah sifu kata sedap, mmng sedap betullah tu. Kalau nak merasa tu bolehlah cuba....mmng sedap.




BAHAN-BAHANNYA

  • 600 gram ikan tenggiri- Yatie guna 4 keping isi ikan kachi dan sekeping kepala-di belah 2
  • 3 biji tomato*
  • 3 biji cili hijau*
  • 3 camca besar serbuk ketumbar*
  • 3 camca besar serbuk jintan putih*
  • 2 camca teh serbuk kunyit*(*dikisar halus)
  • 2 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 inci halia, dicincang
  • 1/2 camca besar biji sawi
  • 4 camca besar cili kisar
  • 500 ml santan (mat guna 200 ml santan + 300 ml air)
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap satu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum.
  2.  Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
  4.  Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata...

10 comments:

  1. bole la cuba cuti nnt.tengok pun dah tau sedap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya akak tengok Yatie... boleh cuba nanti ni... simpan dulu dalam list , nak buat tak tahu lagi ehe :D

    ReplyDelete
  3. nmpk mcm sedap aje..tpi GOA tu apa kak?

    ReplyDelete
  4. aik pestime dgr org masak kari tanpa serbuk kari..

    ReplyDelete
  5. Nak cuba ni kak yati...tp guna bawal mas..

    ReplyDelete
  6. boleh try nnti...nmpk sangattt sedapp

    ReplyDelete
  7. TQ kak resepinya...
    nk try la..
    tergodaaa sudah

    ReplyDelete
  8. nampak pekat dan memikat selera...bahan2 semua tu mcm bahan2 dalam rempah kari jugak la ,kan..

    ReplyDelete