Wednesday, April 24, 2013

Sambal Sotong Lada Hijau

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas tapi sedap sangat, tu pada sayalah. Kawan2 boleh cuba kalau teringin nak merasa kesedapannya. Jom semak resepi mudah ni.


Bahan-Bahan
  • 1 kg sotong
  • 1 labu bawang besar-potong bulat 
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • gula dan garam secukup rasa
  • air jika perlu
  • minyak utk menumis
Bahan Kisar
  • 10 tangkai cili hijau
  • 6 tangkai cili padi merah/hijau
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • sedikit belacan
Cara Memasak 
  1. Bersihkan sotong, potong, cuci dan toskan. Ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan kisar  dan gaul rata. Kacau dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Biarkan mendidih dan masak guna api sederhana je.
  5. Masukkan sotong, gaul rata dan tutupkan kuali. Masak dlm 3 minit. Buka penutup tambahkan jus limau kasturi dan gaul rata.
  6. Bila dah masak sempurna dan cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.Sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih panas.

11 comments:

  1. Assalam tuan tanah.. Ada lg tak ni.. Nak tumpang makan boleh.. Hehee.. Menarik.. Boleh cuba ni Yati.. Tq.. :)

    ReplyDelete
  2. salam kak...sotong ni peberet anak2 fiza...selalunya masak sambal tumis ja sbb yg tu la anak2 suka sgt...he he he...pasni blh try la pulak....=)

    ReplyDelete
  3. daniel minat sangat sotong...
    boleh try nnti resepi kak yati ni..

    ReplyDelete
  4. salam...sedapny...boleh try time balik keje nanti...tq :)

    ReplyDelete
  5. sedappppp....nnt cuba masak nanti...TQ :)

    ReplyDelete
  6. Sotong? saya suka...saya suka !!

    ReplyDelete
  7. Enak kayanei...kapan2 keno di terey

    ReplyDelete
  8. SEDAPNYERR..nnt nak try..mohon copy resipi yer..

    ReplyDelete
  9. nampak sedap sgt sambal sotong tu yatie... akak kdg2 abg beli sotong mcm tak tau dah nk msk apa.. balik2 sambal sampai nak ambik gambar pun mlas.. hehe.. boleh simpan dulu resepi ni... t.kasih ye...
    akak baru ni dah update resepi ikan tongkol goreng lada hitam.. adaptasi dari resepi ayam goreng lada hitam.. ada alter sana sini tu mintak halal ye.. hehe..

    ReplyDelete