Friday, April 5, 2013

Bertemu Kak Ummi Kuantan - Home Sweet Home

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni tak bersiaran sbb tuan rumah jln2 makan angin sampai ke Kuantan. Bila sebut je Kuantan, mesti semua tau kan blogger popular dan sifu masakan kat sana. Ahaaaaaa...siapa lagi kalau bukan Kak Ummi Zaihadi-HSH. Sebenarnya pertemuan ini pun tak di rancang sangat. Kebetulan saya mengikuti suami bertugas di Kuantan selama 3 hari, jadi saya pun tak lepaskan peluang kali ini utk mengikutinya. Dalam hati dok berbisik2 gak dan berangan2...kalaulah dapat jumpa sifuku K.Ummi, alangkah bertuahnya rasa hati ini. Bila dah sampai Kuantan tu, angan2 tu tetap diharapkan jadi kenyataan, maklumlah suami sibuk bertugas dari pagi sampai petang, K.Ummi  pun bertugas juga...tak taulah mcmana nak jumpa ikut kelapangan masing2.

Kami bertolak dari JB petang isnin dan  dlm pkl 8 mlm kami sampai Kuantan. Tak sangka pagi tu K.Ummi dah bertanya khabar dan bertanyakan bila boleh jumpa. Bila K.Ummi dah ckp mcm tu, mmng kena usahakanlah nak jumpa juga, tapi dlm hati ni Allah je yg tahu berdebar dan gembiranya kalau dpt jumpa K.Ummi. Bila dah bincang dngn suami, akhirnya pagi Khamis bersamaan 4.4.2013 bertemulah kami sekeluarga dngn K.Ummi dan suaminya. Sungguh manis dan ayu jelita je K.Ummi ni, peramah dan mudah mesra sangat. Saya yg pada mulanya malu2 dan tak terkata apa...jadi pandai pulak berborak dngn K.Ummi...he3..

Terima kasih K.Ummi dan suami atas layanan yg di berikan, gembira dan terharu sangat. Terima kasih juga sudi luangkan masa bersama kami sekeluarga, nasi kerabu tu mmng sedap. Terima kasih juga buah tangan yg akak beri tu, mcm ni mmng tak serik nak dtng Kuantan lagi. In Shaa Allah di lain kesempatan kita jumpa lagi ya. Jangan lupa beritahu Yatie bila akak turun JB ya. Kami menanti kunjungan dari akak pula.
Gambar kat bawah ni sebagai kenang2an saya bersama K.Ummi-HSH.




8 comments:

  1. kak hajah ummi mmg cute dan cantik molek mcm kak yatie jugak.

    lepas tukan kalau sembang ala2 cmg.. ada jer nak borak.

    akhirnya k.yatie pula bsua. tahniah

    ReplyDelete
  2. Seronoknya bila 2 blogger terkenal bersua muka

    ReplyDelete
  3. Sifoo bertemu sifoo.....comey dua2....jelas saya jeles...heeee....enjoi!!!

    ReplyDelete
  4. salam dek yatie manis

    wah bestnya jumpa kak ummi.. entah bila kak ilah nak ketemu ummi pula... jelezzz nie hehe

    ReplyDelete
  5. Jue pun duduk kuantan jugak. Tak tau pulak kak yatie ada datang kalau tak boleh jumpa kak yatie dan kak ummi..

    ReplyDelete
  6. Asslmkm kak.
    Dua-dua lawo... Heee

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie cayang...terima kasih sudi luangkan masa untuk pertemuan ini...bahagia rasa...mimpi jadi kenyataan akhirnya yeaaa...hehe. Alahaaaiii ni pujian sume wat akak sigan taauuu....Itulah kan, bila time kerja ni payah sikit nak menjemput ke rumah, balik pun dah petang sangat sekarang ni sbb Aiman x tukar sekolah, kena pusing ambik dia dulu, baru leh pusing blk rumah, alahaaaii..Xpa, kita raikan pertemuan next time di rumah akak pulak harapnya...insyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat jumpa Kak Ummi.. Teringin nak jumpa kak Yatie.. Entah bila la dapat bersua muka..

    ReplyDelete