Friday, August 3, 2012

Sotong dan Buncis Tumis Tomyam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je. Semalam ada majlis berbuka puasa di tempat kerja suami, begitu juga hari ni. Biasanya kalau ada majlis mcm ni saya akan masak ringkas je spt lauk 2 in 1. Senang kerja dan taklah membazir. Semalam saya masak sotong dan buncis tumis tomyam je. Walaupun ringkas tapi suami dan anak2 tetap berselera. Resepi ringkas ni spt dibawah, kalau berkenan tu jomlah semak resepi sempoi ni.


Bahan-Bahan
  • 500 gm sotong
  • 15 btng kacang buncis-buangkan urat tepi dan ptng pendek
  • 1 biji tomato-potong 6
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 kiub/bungkus pes tomyam
  • 1 sudu besar soso tiram
  • Garam dan gula
  • 1 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • minyak utk menumis
Bahan Hiris
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah
  • 5 biji cili padi
Cara Memasak
  1. Bersihkan sotong, kelar2kan sedikit, cuci dan toskan-Yatie guna gunting tajam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 hiris. Tumis hingga bwng sedikit layu.
  3. Masukkan sotong dan kacang buncis. Gaul rata dan masukkan pes tomyam.
  4. Masukkan daun limau purut, jus limau kasturi dan gaul rata.Masukkan buah tomato.
  5. Tambahkan sedikit garam, gula dan air jika perlu.
  6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, matikan api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

11 comments:

  1. Assalam yatie..
    lauk ni memang sedap ..memang sesuai makan time berbuka atau bersahur..selera kita tengok..oops puasa..hehe

    ReplyDelete
  2. ringkas dan nampk sedap...ala-ala tomyam tapi kering,sesuai utk sahur ni...
    p/s-selamat berpuasa (^_^)

    ReplyDelete
  3. sempoi tapi berkhasiat yatie... gunting ke potong dgn pisau ??? cantik jer sotong yaie tu.. kak try potong dgn pisau tak mau cantik gunting pula tak tajam..mcm2 alasan hehe

    ReplyDelete
  4. sedapnya yatieeee .. nnt satu ari KC nak cubalah.

    ReplyDelete
  5. Uishhhhhmak kak!!!
    Nak try le nnt..
    Happy Weekend, Salam Nuzul Quran & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap.. Tak penah terpikir pun nak buat tumis tomyam, sllu masak tomyam mesti nak bkuah je.. Weekend ni boleh try (^_^)

    ReplyDelete
  7. Salaam Yatie,

    Nasib baik dah berbuka puasa masa terpandangkan juadah yang Yatie 'sajikan' ni. Kalau tak, mau tertelan air liur sambil membayangkan masam masam manis lauk ni... mmmmmmm... dapnya....

    ReplyDelete
  8. ringkas dan menarik..aromany mesti harum semerbak..anak2 suka makan tomyam..ni toyam tak berkuah mesti lagi kaw..
    Rajinnya kelar2 sutun tu,kalau sy main humban sekoq2 camtu jerr

    ReplyDelete
  9. salam yatie
    akak peminat sotong jugak ni terliur lah tengok kan sotong tu mesti akak nak tiru esuk ke lusa sbb sotong pun dah ada ni dlm frezer heee

    ReplyDelete
  10. saya pun suka sotong...menu cam gini senang kan kak yatie..sekali harung je...lepas tu licin...hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Yatie, lauk simple tapi menyelerakan ni..saya suka sotong.cantik akak potong sotong ni:)

    ReplyDelete