Tuesday, April 10, 2012

Ayam Bakar Oregano

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ayam Bakar Oregano ni saya masak masa hari minggu aritu. Bila cuti2 ni barulah leh masak yg berat sikit dan memerlukan masa memasak yg lama. Lagipun dah sarapan berat, so bolehlah masak lambat sikit. Kali ni cuba resepi yg mudah dari Kak Liza lagi. Kalau resepi dari Kak Liza semuanya sedap. Ayam macam ni sedap ratah2 je..uwaaaa mcm ganasss bunyinya. Sebenarnya masa makan ayam ni taklah ganass spt yg di bayangkan. Saya, suami dan anak2 makan penuh sopan santun ya....cuma adalah rencah2 yg melekat sikit kat pipi ni...he3...kira sopan ke tu? Faham2 jelah ya bila meratah ayam ni.

Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg best ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat ayam bakar/panggang tu....bolehlah mencubanya.Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam
  • 4 sudu besar sos BBQ [K.Liza gunakan sos BBQ Pedas Knorr]
  • 1 sudu besar lada hitam *-Yatie guna serbuk lada hitam yg kasar
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 sm halia*(bahan bertanda* di tumbuk halus)
  • 1 s/b dry oregano
  • 1 s/b olive oil
Cara-Cara
  1. Bersihkan ayam dan keringkan betul-betul. Yatie belah 4 dan bahagian yg kecil2 buat sup je.
  2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 2 - 3 jam.
  3. Bakarkan dalam oven pada suhu 200'C selama 1 jam atau sehingga masak.
  4. Hidangkan dengan sayuran. Yatie makan bersama sos lada hitam.

16 comments:

  1. sedap ni, rasanya ada oregano kat rumah, tapi tak tau nak guna masak apa, boleh lah try resepi yg ni =)

    ReplyDelete
  2. wiiii sedap nya... rasa nak numpang meratah jugak. smlm pun saya meng'ayam' jugak. *rosak bahasa...hehe

    buat ayam panggang kuali. sesuka hati jek kan. tapi bebudak mkan tak toleh2..sedap la tu kot. hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnyer! lately mmg k.nor suka buat ayam panggang/bakar.. boleh masuk list ni.. thanks yatie :)

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Kak Yatie...pekabo? sedapnya nampak ayam tu..bak sekor kak..hehe

    ReplyDelete
  5. oregano tu saya pakai buat spagetti je, lepas ni leh try buat ayam bakar ni la :)

    ReplyDelete
  6. nmpk myelerakan la dan sedap sgt tgk menu ni...dh buh dlm list ni...tq resepi...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yatie,
    memang resepi Kak Liza sedap2 belaka... Amie pun dah pernah cuba ayam bakar oreganonya.

    ReplyDelete
  8. dappnya....kak yatie mana sedap, ayam panggang ke kuih talam..hehe

    ReplyDelete
  9. Salam Yatie... kalau mcm ni... tak makan nasi tak pe... ayam je dah menyelerakan...

    ReplyDelete
  10. salam kak,
    Harum dah pasti diapunya bau kat ayam nie..sedap tu

    ReplyDelete
  11. Wahhhh sedapnya ayam bakar tu kak. Letak oregano mesti lagiiii bes! ;)

    ReplyDelete
  12. alamak kakkk... petang2 nih kok tengok ayam bakoooo... perut kiter pon terbakoooo... lapoooooo

    ReplyDelete
  13. sedapnya!! kalau saya buat ni memang meratah gitu jer la...:)

    ReplyDelete
  14. Salam Yati.kalau ayam bakar confirm laku kat rumah...ratah gitu kejap je licin...

    ReplyDelete
  15. Alahai..oregano tu la yg susah nak ada dlm rmh ni, cmne tu? kena cari ni.
    Yatie, akak minta izin copy paste ke blog ye, kuih talam lapis sagu.

    ReplyDelete