Thursday, March 15, 2012

Talam Berlauk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Talam Berlauk ini juga antara menu yg saya buat utk jamuan hari lahir mak tempohari. Semuanya suka dan saya buat 2 adunan sekali. Sebelum ni mmng dah selalu buat, suami dan anak2 mmng suka sangat. Lagipun bila makan talam berlauk ni dah cukup kenyang, takyah makan nasi pun takpe. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan (loyang 8 inci)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3 cawan santan(Yatie guna 1 kotak santan 200ml dan selebihnya tambah air)
  • 1 s/k garam
  • 1 biji telur
Cara.
  1. Kacau semua bahan dan tapiskan.
  2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukuskan selama 30 minit.
  5. Sejukkan dan taburkan inti dan daun sup & daun bawang.
  6. Potong dan hidangkan.
Bahan Inti dan hiasan
  • 200 gm daging/ayam kisar
  • 2 biji kentang (potong dadu kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 ulas bwng putih-Yatie tambah
  • 1 paket rempah kari ayam/daging-Yatie letak 3 sudu besar
  • 2 biji cili merah ( buangkan bijinya dan cincang)
  • 1/2 btng carrot parut
  • Daun sup dan daun bawang (racik kecil)
  • 2 s/b minyak
  • garam dan sedikit gula
Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bwng putih.
  2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
  5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
  6. Sekiranya terdapat minyak, toskan sedikit inti supaya cantik bila di taburkan diatas permukaan kuih tadi.

Cara yg Yatie buat.

** Yatie kukus kuih dlm 20 minit, lepastu taburkan inti diatas permukaan kuih.Jika terdapat air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air tu dulu/guna tisu dapur utk mengeringkannya. Selepas itu cakar2kan sedikit permukaan dan taburkan intinya. Kukus lagi selama 10 minit supaya inti dan lapisan kuih melekat sedikit. Masa inilah baru Yatie taburkan carrot yg di parut, daun sup dan cili merah yg di cincang. Setelah tu Yatie tambah lagi 5 minit masa mengukus dngn tutup pengukus terbuka. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih talam berlauk tadi. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Potong guna pisau plastik.Selamat Mencuba.

13 comments:

  1. Asmlkm kak.
    Peh!..baru ngadap apam akak tadi ni timbul pulak talam berlauk. Heee.
    Senang ja rupanya membuatnya..(^_^)

    ReplyDelete
  2. mmg sedap talam berlauk.. kalau talam jenis savoury gini cik abg akak sukalah sgt.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Mewahnya lauk...memang betullah namanya talam berlauk ye Yatie...

    ReplyDelete
  4. kak yati da lame kite nk cube talam berlauk ni..nmpk sedappp aje..kecur kite dibuatnyee

    ReplyDelete
  5. Ella tak pernah makan talam berlauk, kak. Tapi talam keladi pernah ler.

    ReplyDelete
  6. Kak!!!
    Sedap tu kak!!! ;)
    Happy weekend & TC yer!! ;)

    ReplyDelete
  7. sedapnya tgk talam berlauk tu...meriah dan mewah bahan2 kt atas tu...nyum2

    ReplyDelete
  8. as-salam kak Yatie
    meriahnye lauk kat atas tu..npk sedap talam tu kak..

    ReplyDelete
  9. Kali ini kene berhati..maaf kan mama kerana tersilap orang semasa komen tentang apam polkadot..Mama sebut Nor rupa nya blog yatie.maklumlah faktor usia....Sedap nya talam berlauk tu..Terliur mama..sedap tu...

    ReplyDelete
  10. sedapnya tgk talam ni kak..lum pernah buat lagi versi berlauk gini..nanti nk cubalah:)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak, kalau saya nak minta akak tolong promot kasut yang saya nak jual, boleh tak?

    ReplyDelete
  12. best nyerr negok talam berlauk ni. rajin betul kak yatie ni kan, tak menang tangan ye kak yatie time2 cuti sekolah ni. anak2 asik nak makan je kan. ;-)

    ReplyDelete
  13. Tq yatie shaer resepi akak kan buat talam betlauk niooooo

    ReplyDelete