Thursday, March 29, 2012

Rendang Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak nasi lemak je. Biasanya nasi lemak di gandingkan dngn sambal tumis, telur rebus, hirisan timun dan lauk kegemaran. Kali ni saje je tukar selera. Saya masak rendang telur. Jangan terkejutlah ya, kalau tak cuba tak tau rasanya kan. Makan dngn nasi lemak mmng sedap betullah. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri... Jom semak resepi yg mudah ni.....


Bahan-bahan
  • 10 biji telur- direbus, buang kulit dan kelar2 sikit permukaannya
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 helai daun kunyit-buang urat tengah dan hiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 kpng asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • air sekiranya perlu.
Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bwng merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai-hiris halus dulu
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 biji cili padi padi
Cara-Cara
  1. Masukkan bahan2 yg di kisar ke dlm kuali. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula melaka.
  3. Kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Masukkan kerisek dan gaul rata.
  4. Setelah cukup rasa, masukkan telur yg telah di rebus tadi dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga sedikit pekat.
  5. Setelah siap, angkat dan hidangkan.

15 comments:

  1. Assalamualaikum, selamat malam...

    Selalunya telor rebus mas buat masak sambal je tp lepas ni bolehlah try rendang telor makan dgn nasi lemak...mesti sedap!

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! dtg malam2 ni kak tgh tunggu mesin basuh abis bekerja hihihi... rendang telor? tak pernah buat n makan, kalau nak buat mcm syg pulak nak guna keriseknyer sbb malas nak buat kerisek :D nanti nak buat kerisek jugaklah guna kelapa kering ajerr :D

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Yatie,
    Sekali sekala tukar lauk untuk nasi lemak pun sedap juga. Baca akak sebut nasi lemak teringin lah pulak. hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi buat rendang telur...
    boleh try nanti..
    maceh kak kongsi resepi..
    tengok rendang telur akak tu pun mas dah terliur...
    sedappnya tengokk...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yatie,
    belum pernah rasa rendang telur tapi kalau gandingannya dengan nasi lemak... memang meletup!

    ReplyDelete
  6. assalam yatie..sesuat yang acik belum pernah buat..izinkan ambil resipi ye..acik nak cuba buat nanti.

    ReplyDelete
  7. salam yatie...nmpak best jugak jika di buat rendang ,teringin juga nak rasa.

    ReplyDelete
  8. aka hanim

    menarik ni. minta copy resepi yer ........

    ReplyDelete
  9. kena cuba ni yatie, ingat sabtu ahad ni nak cuba la..tq yatie.

    ReplyDelete
  10. mnarik la resepi ni kak yatie...myelerakan tgk..QH mmg suka jenis masakan berendang gini...simple tp sedappp...nyummy...

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum kak Yatie..
    Lama tak datang sini. sihat ke kak?
    Kak, rendang mmg boleh dimasak dgn apa pun bahan utamanyakan. Selain rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, rendang telur pun ada juga ye.. Mmg bagus idea ni..

    ReplyDelete
  12. Slmt berhujung minggu Yati.rendang telur...menarik resepinya...anak2 suka telur...boleh cuba..

    ReplyDelete
  13. pertama kali dgr rendang telur ni, yatie.

    ReplyDelete
  14. bagus juga menu ni terutama bila dah putus bekalan lauk basah dlm esbox kan.. mesti telurlah jd sasaran kalau dah malas pegi pasar.. hehe..

    ReplyDelete