Tuesday, January 17, 2012

Rich Banana Bread

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni barulah ada sedikit masa utk n3 resepi Rich Banana Bread. Kalau ikut tajuk seolah2 roti pisang tapi rasanya seakan2 kek dan sudah tentulah ianya sedap sekali...dahlah sedap, nak membuatnya pun senang je..tak payah guna mixer, main kacau2 pastu bakar. Bila dah siap, sejukkan kejap dan bolehlah di potong dan hidangkan. Saya buat ni pun sambil masak menu tengahari tadi, jadi dah adalah menu utk minum petang. Terima kasih pada penyumbang resepi asal allrecipes dan saya C&P dari Izah. Jom kita semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1/2 cwn butter cair
  • 1 cwn gula * izah letak 1/2 cawan 1 sb
  • 2 biji telur
  • 1 sk vanilla essence
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 1 sk baking soda
  • 1/4 sk baking powder *izah tambah
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 cwn yogurt plain
  • 1/2 cwn chopped walnuts *izah tak letak
  • 1 cawan pisang lecek
Cara-cara
  1. Panaskan oven 175 C. *izah guna suhu 180 C.
  2. Dalam mangkuk yang besar, satukan gula, butter cair, telur dan vanilla, yogurt dan pisang lecek. Sebatikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain ayak tepung bersama baking powder, soda dan garam. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering.
  5. Gaul sekadar rata.
  6. Bakar selama 45-50 minit.
  7. Sejukkan di atas rak. Sedap dimakan suam2.

24 comments:

  1. simple dan nampak menyelerakan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng simple dan sedap roti pisang ni...rasanya mcm kek pisang..cubalah..

      Delete
  2. perfect kejadiannya tu kak..errr pinggan tersamala pulak...heeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih Chah, ow sama ya..takpelah, leh kita tukar2 isi di dalamnya...

      Delete
  3. oooo rich banana bread yang tak de rupa bread ni ye. ni lebih kepada kek. moist gitu kan. mmg best sesangat. tringat lagi kesedapannya. saya ingat aak buat roti yg kena uli tu. hehe.. tapi saya suke bread ni. mmg best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmng takde rupa roti langsung roti pisang ni Izah, yg penting sedap sangat dan moist je...lagipun mudah nak membuatnya..akak dah 2 kali buat sebenarnya..

      Delete
  4. nyum .. nyum .. nyum .. teringin nak jadi tetamu di rumah yatie*sambil kenyit2 mata buat muka tak malu*hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, uwaaaa siap main kenyit2 mata lagi...nnti akak bagi lebihlah mcm ni...he3..

      Delete
  5. X leh tgk resepi..ronta2 nk cuba tp buat masa ni sibuk sgt2...sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teringin sangat tu, takyah tunggu betul2 free nak buat..buat je terus..lagipun senang,godek2 pastu bakar..senangkan..

      Delete
  6. tun pun baru siap bakar banana bread nih. tp mmg bentuk roti la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ow yeke Tun, mmng bentuk roti tapi rasa spt kek pisangkan...sedap sngt..

      Delete
  7. As'salam Yatie

    kena selang2lah kalau nak buat banana bread ni. sebab baru buat muffin pisang tu. Kalau rajin esok petang pun boleh nak godak2 simple dan mudah jer resipinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam Kak CT,
      mmngkan, kdng2 berderet2 je menu pisang sbb stok pisang bnyk kat umah..takpe tak membazirkan...

      Delete
  8. assalam k.yatie
    singgah lagi...ada banana bread utk makan petang bestnye...
    c/p resepi talam keladi K.Yatie ye sedap sgt dan tq share resepi yg senang utk org2 yg baru nak belajar mcm saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam, silakan mama sara nur..resepi mmng utk di kongsi bersama..kalau free tu bolehlah cuba buat rich banana bread yg simple dan sedap ni..berbaloi..

      Delete
  9. Assallamualaikum kak Yatie..

    Hehehe.. Naz datang tgk resepi pisang akak lak ni. Oooo roti pisang. Nak sikit kak.. Cedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam, nah akak bagi rasa sepotong..kalau kurang, buatlah sendiri ya...pastu bagi akak 1/2 loyang..leh kan..ngeeee..

      Delete
  10. mama selalu singgah sini tapi tk sronok tk dpt nk komen..kenapa ya..cantik kek itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi luangkan masa di sini...mekasih banyak...

      Delete
  11. maaf tuan blog..saya publish link saya di sini...mohon blogger lain baca ya...sedikit perkongsian...boleh comment saya...http://nurulhudataib.blogspot.com/2012/01/mana-kesedaran-kita-tolong-ambil.html

    ReplyDelete
  12. wah..gebunya..geram tengok...haisshhh..semua benda nak dimakan nih...kekeke

    ReplyDelete
  13. mmng gebu dan sedap sangat roti pisang ni quinnie..cubalah...samalah dngn yatie, pantang tngk semuanya nak di buat dan di makan...naik lebor perut ni..he3..

    ReplyDelete