Monday, January 16, 2012

Ayam Goreng Rempah Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya ni menu semalam. Kebetulan saya masak Nasi Ayam Serai, jadi saya cubalah guna resepi ayam goreng rempah madu dari Mat Gebu pula. Memang sedap sangat, memang terasa kelainannya. Terima kasih Che Mat berkongsi resepi yg mudah ni, izinkan akak kongsikan resepi kat sini pula ya. Hari ni takleh celoteh panjang2 sbb busy sangat2. Jom semak resepinya..


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, kerat 4 bahagian, buang kulit*
  • 1 biji lemon, perah jusnya*
  • 1 camca besar garam*(*diperap 20 minit, cuci dan toskan)
  • 2 camca besar madu
  • 2 camca besar kicap pekat
  • Garam secukup rasa
  • 2-3 camca besar tepung beras
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 2 camca besar ketumbar
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 camca teh lada hitam
  • 3 camca besar santan pekat (atau susu sejat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam direbus selama 15 minit. Tos dan sejukkan, stok ayam disimpan untuk kegunaan kemudian nanti. Ayam tadi letak dalam satu bekas.
  2. Satukan madu, kicap dan bahan kisar halus pada ayam, lumur rata dan tambah garam secukup rasa. Perap semalam 12 jam dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Tabur tepung beras pada ayam tadi., gaul rata dan goreng hingga ayam masak dan bahagian luar kuning keemasan. Angkat dan sejukkan. Potong ikut saiz yang anda kehendaki, boleh hidangkan bersama nasi ayam, sambal, dan supnya....

12 comments:

  1. hmm..pepagi dah tergoda nengok ayam goreng kak yati ni...
    gigit sikittttttttt....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak...
    apa khabar? Dah lama tak makan nasi ayam. Mals betul le rasanya nak buat tapi tekak rasa nak makan

    ReplyDelete
  3. wiweett. ingat hari ni nak buat nasi serai ... baru jenjalan umah kak nor semalam. kak yatie dah buat jugak ek. nak jugakkkk..ayam tu ratah pun sedap

    ReplyDelete
  4. boleh buat untuk tenggahari ni

    ReplyDelete
  5. As'salam yatie

    K.ct baru lepas goreng ayam. Tapi terlepas resipi dari Yatie, dok bubuh cili serbuk, garam dn rempah kari jer. lain kali k.ct cuba resipi ni ya Yatie..tq :)

    ReplyDelete
  6. salam yatie...tu la pasal, Liza pun td grg ayam berempah yg biasa jer,,terlepas resepi ni...xpe la nnt lenkali liza nk try buat ayam ni pulak...

    ReplyDelete
  7. Aslmkum Yati. sedap nampak ayam goreng Yati hidangkan ni....letak perahan lemon..masam2 sikit..sedap.masuk senarai dulu...

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie..nmpak sedap ayam goreng akak ni.. aduhai lame x makan ayam bermadu camni, mmg sedaap kan :)..

    ReplyDelete
  9. akak... ayam goreng tu nmpk sgt sedap ler akak... kalau anak2 lelaki diana mmg suka ratah gini jer kalau ayam goreng... pasti sedap sgt...

    ReplyDelete