Thursday, October 13, 2011

Roti Gulung Sardin

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Sebelum terlena saya nak kongsikan resepi roti sardin gulung yg saya buat petang tadi. Roti mcm ni sesuai sangat buat minum petang ataupun sarapan pagi. Ianya sedap dan mudah menyediakannya. Kalau kawan2 pening kepala nak buat bf utk keluarga esok, bolehlah cuba resepi yg mudah ni. Jom kita semak resepi dari Reen Khan ni. Terima kasih Reen berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya.



Bahan-bahan

  • 10-15 keping roti sandwich atau secukupnya potong tepi supaya nampak kemas .
  • Sardine ayam brand mackerel (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)
  • 1 labu bawang besar (hiris halus )
  • 2 tangkai cili merah (hiris halus)Cili padi (jika suka pedas)
  • 2 biji telor dipukul
  • 1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)
  • 2 sudu kecil jus limau kasturi
Cara Menyediakannya.
  1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwich hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek.
  2. Ikan sardine mackerel itu dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang,dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,sandwic,telor dan bread crumb.
  3. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar.
  4. Kemudian lumurkan dengan telor yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry).
  5. Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus ..masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll .sedap dicecah bersama sos cili thai dan mayonis .

11 comments:

  1. lapar la pulak kak tgok roti sardin mlm2 ni.. sedapnye!!

    ReplyDelete
  2. akak..teringat saya kat roti sardin yg saya baru buat hari tu...memang 4 ever sedap la roti sardin ni...hehhehe

    ReplyDelete
  3. NAK BUAT KARANG ANAK2 TAK MAKAN SADIN. KALAU BUAT SAYA SORANG JE PULUN. TULUN KAKKK.. NK SEGULUNG. ALA SEGULUNG JE. 50SEN JE KAN. HEHEE

    ReplyDelete
  4. ada lag tak kak yatie...tlg buatkn..hihi..sadin dah lama x beli...harus beli nnt..

    ReplyDelete
  5. salam kak yatie...kat dlm petiais, leh buat ptg ni...thanks kak yatie..

    ReplyDelete
  6. Salam Yatie cayangggg...mintak sardin roll 3 ketuii...nak buat bekfes laaa :) terliur lak... Wpun sempoiii tp inilah yg laku kat rumah akak...hehe

    ReplyDelete
  7. Salam yatie sdp ni ank2 saya pun suka kalau roti gulun mcm ni ..letak inti sdp kan kita pun suka...

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum kak Yatie..
    Suka..suka.. Inti sardin..lagiiiii suka..hehehe..

    ReplyDelete