Friday, October 21, 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Maaflah sebab tak dapat bersiaran dari semalam. Line tenet tenat, so dari pening kepala mengadap lappy ni lebih baik buat kerja lain. Ok semalam saya buatlah bingka kukus macam Kak Ummi tu, fulamak tak sangkalah sedap betul kuih tu. Setengah loyang tu, saya sendiri je yg makan, lagi pun saya mmng suka kuih2 mcm ni...lebih2 lagi di tambah bau dan perisa padan tu..harum je masa mengukus. Lepas Kak Ummi buat kuih ni, ada gak nampak di rumah Kak Azita, bertambahlah teringinnya saya nak cuba buat kuih ni. Bila dah buat tu, mmng ternyata sedap sangat..terasa lembut dan lemak manis. Pada kawan2 yg belum cuba tu, bolehlah mencubanya...saya gerenti mmng sedap dan berbaloi.
Terima kasih pada Notabilia kerana berkongsi resepi yg mudah ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan..




Bahan-Bahan
  • 8-10 keping roti putih ( Yatie guna roti gardenia, x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (Yatie guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (Yatie letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telor - ( buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
  3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
  4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
  5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
  6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)

16 comments:

  1. Hhmm...warna hijau tu menarik sungguh...esok esok boleh lah kita cuba....

    ReplyDelete
  2. akak... saya pun cadang nak buat kuih ni fetang ni. makan setengah loyang kak? bak suku loyang tu.hehee

    ReplyDelete
  3. mas pun plan nak buat bingka roti..
    sedappnya tengok..........

    ReplyDelete
  4. sedapnya...lama jugak tak buat menu2 gini kan...

    ReplyDelete
  5. Yatie...

    Bestnya...harum bau pandan sampai ke dapo kak cek ni...nak rasa sepotong...mesti sedap ni kan..:D

    ReplyDelete
  6. Assalam Yatie cayangggg...hehe...sedap eks! Naaakk, naaaakkk...hehehe...sedap kan...nak kata bread pudding pun bukan kan....rasa lemak santan n aroma pandan tu menaikkan selera..kan..menaikkan badan jgk la nnt...hehehhe

    ReplyDelete
  7. wahhh kak, menarikla colour hijau tu...sure hamka suka tu...dgn aroma pandan tu...nak cuba jugalah nanti:)

    ReplyDelete
  8. @Nazrah
    cubalah Naz, mmng sedap dan harum je bau kuih ni..

    ReplyDelete
  9. @izahdaut
    tayahlah mintak2 dngn akak Izah..watlah sendiri..kih3...jngn mareee yeee...buatlah, mmng sedap kuih ni..

    ReplyDelete
  10. @Masmmng sedap kuih ni..buatlah Mas...

    ReplyDelete
  11. @Anna Qawina
    kalau mcm tu, bolehlah buat..sedap dan mudah je buat kuih ni..cubalah..

    ReplyDelete
  12. @cik cek
    ow yeke sampai sana bau kuih ni..mcm tak caye jek....mmng sedap kuih ni..cubalah..

    ReplyDelete
  13. @Ummi
    wkmsalam kak ummi cayangggg....mmng sedap lerrrrr kuih ni..terasa harum dan lemak manis kuih ni...sedap betullah...lenkali nak buat lagi, nak bagi mak yatie rasa plk..mesti mak suka..tq kak..

    ReplyDelete
  14. @Niezammng warna kegemaran Hamka ni..cubalah Nieza, mmng sedap kuih ni...

    ReplyDelete