Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya masih sempat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Rindu rasanya pada kawan2 semua, maklumlah suasana dan bahang raya ni masih terasa, tak putus2 di kunjungi teman2 dan sanak saudara. Bila suasana macam ni mmng meriah tapi nak update blog jadi malaslah pulak. Bila dah penat sangat tu, satu apa pun tak jadi....lama betul nak balik semula mood rajin berblogging ni.

Oklah, di sini saya nak kongsikan bersama foto2 yg sempat di ambil sempena raya tempohari. Saya mempunyai keluarga besar iaitu ada 8 beradik 7 perempuan dan seorang saja lelaki. Suami saya pula cuma 2 beradik je. Tiap2 malam raya mmng saya akan berada di rumah mertua sebab kesian mak dan ayah mertua...kalau tak, mereka berdua jelah yg masak ketupat dan rendang segala. Suasana tu jadi sunyi dan sepi. Melihatkan keadaan itu saya pun mengambil keputusan utk sama2 memeriahkan malam raya bersama mereka. Selepas marhaban di pagi raya, saya pun berkunjung kerumah ayahanda dan bonda kesayangan pula. Nasib baiklah rumah kami berdekatan, bila raya senang sikit....boleh berkunjung kerumah kedua2nya sekali...alhamdulillah seronoknya.

Sebenarnya saya dah tak sabar nak kongsikan bersama2 foto2 raya ni, tapi kesihatan yg tak mengizinkan. Raya kedua saya mengalami sakit pinggang yg teruk. Agaknya terlalu banyak buat kerja masa sblm raya sehinggalah menjelang raya. Bila dah buat kerja tu, terlupa diri ini tak mampu melakukan tugas2 berat. Bila dah sakit tu, menyandar jelah...segala pergerakan jadi terbatas. Syukur alhamdulillah bila dah berurut tu, nampak oklah...rupanya tegang urat, terpaksalah betul2kan balik urat2 yg terseliuh tu...hah3....luculah pulak...

Oklah jom kita lihat foto2 yg tak seberapa ni. Minggu ni pun saya sibuk sebab nak buat kenduri kesyukuran anak sulung saya Mohamad Talhah. Pada 16.9.11 depan anak saya akan berangkat ke England utk melanjutkan pelajarannya. Moga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan. Sekali lagi kami terpaksa berpisah demi tugas, tanggungjawab dan cita2. Semoga Allah SWT memberkati kami sekeluarga. Aminnn...

Tema thn ni merah...merdeka raya....




Gambar selepas marhaban, saling bermaafan

Gambar anak2 yg menjadi penyeri hidupku dan suami
Gambar kami sekeluarga bersama ayah dan ibuku
8 beradik bersama ayah dan ibu tersayang (Hamka nak gambar juga)

24 comments:

  1. Wah merah Yatie sekeluarga tahun niii..kita org coklat..Pe2 pun selamat hari raya maaf zahir batin. :)

    ReplyDelete
  2. Salam akak...wah tema merah tahun ni..meriah sungguh kenduri sama ngan meriahnya baju raya...hehehe

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat kak yatie sekeluarga..
    meriahnya.......
    seronok mas tengok...

    ReplyDelete
  4. salam lebaran kak.. seronok betul tengok org ramai dtg rumah.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak..
    selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir & batin..
    wah meriahnya raya kat sana yer akak... suka tgk pic2 kat atas tu.. cantik semuanya d hari raya.. ;)

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Yatie, selamat hari raya, maaf zahir dan batin ya. Seronok tgk family Kak Yatie yg ramai, mesti meriah kan.

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya kak yatie...wah! serba merah gitu,,tahniah juga untuk anak bujang akak..ke oversea plak dia yek....

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya kak yatie... tahniah pada talhah, semoga berjaya...

    ReplyDelete
  9. Salam Yatie...cantik sedondon,merah..kemeriahan syawal..sewtahun sekali kan..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.. kak yatie .. team family pakai merah nya syawal ni hehe.... selamat hari raya utk akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  11. Salam Aidil Fitri untuk Yatie sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. ASSALAMUALAIKUM..selamat hari raya buat kak yatie sklrg

    alhamdullilah, family kak seperti ayu jua.. berkumpul bersama2...
    bersalaman.. dan family seramai beratus2 orang hingga memenuhi ruang tamu hingga luar.. siap pasang balai lagi....

    hehehhe


    kak.. tahniah utk anak sulong kak.. mohamad tahlal... kirimkan salam dan ucapan tahniah buat beliau ya...
    semoga beliau pulang pergi dan kembali dengan selamat dan membawa apa yang diimpikan selama ini.

    kak................. akak mmg hebat sebab ada anak2 yang bijak..!

    ReplyDelete
  13. salam aidilfitri dan maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya...Yatie...cantik sedondong merah, biru...

    ReplyDelete
  15. wah sedondon merah ehee.. selamat raya Kak Yatie

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya Kak Yatie :)

    Harap2 anak2 saya akan ikut jejak langkah anak kak yatie juga :)

    ReplyDelete
  17. salam Yatie.. selamat hari raya..cantik sedondon merahnya..

    ReplyDelete
  18. salam syawal buat yatie & family....wahhhhh merah gitu..suka3..:))

    ReplyDelete
  19. Salam kak yatie...meriah sungguh hari raya. Tahniah pd anak akak..

    ReplyDelete
  20. Salam aidilfitri, maaf zahir batin
    seronoknya raya..semua spoting

    ReplyDelete
  21. selamat hari raya kak..cantik tema merah tuew

    ReplyDelete