Monday, September 12, 2011

Mee Rebus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, rindu rasanya pada kawan2 semua. Sebenarnya dari hari khamis lepas saya mmng sibuk sangat. Masa hari jumaat tu buat kenduri merangkap open house sekali. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. Keesokan harinya pula (sabtu) mak buat kenduri kesyukuran buat kami sekeluarga di kampung. Ramai saudara mara dan rakan taulan yg memeriahkan majlis kedua2nya. Terima kasih saya ucapkan dan saya amat2 menghargainya. Dalam kesibukkan majlis tersebut saya terlupa nak ambil gambar2 masakan utk jamuan pada hari tersebut. Bila dah selesai majlis barulah ingat..alamakkkkkk rugilahhh. Tapi takpelah, yg penting majlis tersebut berjalan lancar....alhamdulillah. InsyaAllah anak saya Mohamad Talhah akan berangkat ke UK minggu depan. Moga semuanya berjln lancar dan di permudahkan segala urusan.

Ok, kali ni nak kongsikan resepi mee rebus yg kerap saya buat. Kalau ada majlis2 tertentu, mmng wajiblah menu mee rebus ni di hidangkan pada tetamu yg hadir. Masa kenduri tempohari takdelah menu mee rebus, saya masak Nasi Ayam, Soto Madura, Rojak Manis Pedas,Kek Asam Manis dan Carrot Cake. Pastu adalah buah2an sebagai pencuci mulut. Sayang betullah...mmng tak ingat langsung nak ambil gambar2 makanan...busy sangat melayan tetamu, tu yg terlupa abesssss tuuuuuu..ngeeeee.....Oklah jom kita semak resepi mee rebus yg menjadi kegemaran kami sekeluarga...mmng sedap tawwww....cubalah kalau nak tau rasanya..


Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
  • 2 cwn taugeh ( buang ekor, celur dan toskan)
  • 4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
  • 4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
  • Cili merah dan Cili hijau (hiris)
  • bawang goreng
  • limau kasturi (di belah 2)
  • daun sup dan daun bawang (di hiris)
*UTK KUAH*
  • 500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
  • 4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
  • 15 tangkai cili kering *
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
  • 2 sudu besar serbuk kari daging *(* bahan2 yg perlu di kisar halus)
  • 1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 kpng asam keping
  • 2 btng serai- di ketuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis.
  • 4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya
Cara-cara
  1. PENYEDIAAN AWAL
  2. Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
  3. Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
  4. Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
  1. UNTUK KUAHNYA
  2. Kisar bahan yang bertanda*
  3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
  4. Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
  5. Tambah sedikit air jika perlu.
  6. Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
  7. Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
  8. Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
PENYEDIAAN MEE REBUS
  1. Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
  2. Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...

14 comments:

  1. sedapnya dan mmg menu popular jgk dihidangkan utk hari raya..

    ReplyDelete
  2. wahhhh...menyelerakan betoi mee kuah tu kak...
    sedapppp....

    ReplyDelete
  3. kak yatie, mmg nmpk sedap betul laa.. baca menu open house akak pun tun dh terliur.. huhu..
    ps: semoga dipermudahkan perjalanan anak akak.

    ReplyDelete
  4. salam Yatie..mee rebus yg mesti dicuba...nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. selamat berangkat ke Uk buat anakanda Mohamad Talhah.Semoga saksess selalu.Insyallah.Tahniah buat yatie juga:) pasti seronok kerana anak telah berjaya ke Uk tapi semestinya sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak dalam jangka masa yang agak lama...

    kuatkan semanagt Yatie..segalanya untuk kebaikan masa depan Mohamad:)...Cm nak alamai semua episod sedih setiap kali melepaskan anak anak ke luar negara....hanya tuhan saja yang tahu perasaan seorang ibu...

    ReplyDelete
  6. harus cuba ni kak.. berselera tgk.. tahniah buat anak akak.. moga berjaya nanti.. sejuk perut ibu yang mengandungkannya

    ReplyDelete
  7. Sedap mee rebus...nampak pun tahu.
    Tahniah juga utk anak yatie yg akan ke UK. Bahagia rasa sorang anak dah ke menara gading , jauh pula tu.

    ReplyDelete
  8. Tak pe le kak. Nanti buat lagi menu2 yang telah dihidangkan pastu jemout saya erk.
    Suka makan mee rebus tapi tak pernah pun buat sendiri

    ReplyDelete
  9. kak yatie...lia dah buat resepi ni masa menjamu kawan2 yg dtg hari ahad lps...mmg sedap lah kak...terima kasih share resepi...:) lia dapat link resepi ni dr blog kak ita (masam2 manis)

    ReplyDelete
  10. kejayaan seorang anak adalah kerana dia mempunyai seorang ibu yg sangat2 berjaya...dalam mengandungkan melahirkan membesarkan mendidik dan mengasuh..aminnnn.. mak long ilah tumpang bangga dgn kejayaan talhah..semoga jadi ikutan buat anak2 bertiga..

    ReplyDelete
  11. mcm best jer .. nanti boleh la kita cuba

    ReplyDelete
  12. salam kak yatie..saya pun teringin nak cuba mee rebus akak nih lepas kakita duk buat promosi hari tu...hehehhe

    ReplyDelete
  13. wahh anak akak pergi belajar di UK? bestnya.. mudah2an semuanya lancar.. aminn

    ReplyDelete
  14. salam, saya dh teringin lama nk buat mee rebus tp selalu terhalang sebab kuahnya menggunakan daging.oleh sbb kami sekeluarga tidak memakan daging.jika guna isi ayam tentu kuahnya kurang ummp kan..

    ReplyDelete