Wednesday, September 28, 2011

Apam Mentega

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni kita bf dngn apam mentega yg sangat lembut. Semalam nampak Izah buat apam ni, terliur di buatnya. Sebenarnya dah lama nak buat apam mentega resepi Kak Sofea ni, asyik tertangguh je. Petang semalam saya merajinkan diri buat apam mentega ni, tak sia2lah..sedap betul apam ni...terasa lembut yg amat sangat. Rasanya akan ada resepi ulang tayanglah lepas ni. Saya mmng suka kalau kuih yg kukus2 ni terutamanya kuih apam, mmng kegemaranku.

Terima kasih pada Kak Sofea kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak tau kelembutan dan kesedapan apam mentega ni, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya...





Bahan-bahan ( +-50 biji )

Bahan (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air (Yatie guna air panas dan tuang sikit2)
  • 250 gm mentega
Bahan (B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuat gula hangus
  1. Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega.
  1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  6. Selamat Mencuba.......

14 comments:

  1. wahhhh..sini lak ada apam mentega..
    rajinn la kak yatie mengapam..
    cantik gebu jerk apam mentega tu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    tgk pun dah tau lembut n nampak mmg gebu kejadiannya apam yg akak buat nie.. sedapnya tengok.. dapat beberapa ketul nie.. bahagia rasa hati.. :)

    ReplyDelete
  3. salam yatie..ni sama dengan apam gula hangus ke?

    ReplyDelete
  4. pagi kak..mintak apam 4 ketol..heh
    2sdt soda tu tak bau soda sgt ke kak? lama tak mengapam ni

    ReplyDelete
  5. Kak Yatie,gebu gebas n nmpak sedap apam tuh,sy pon suke juga kalo apam yg letak gula hangus gini,kalo apam lain kureng cikit,tahla nape.

    ReplyDelete
  6. tq yatie krn mencuba..sedap kan! tentu anak2 suka sbb lembut dan gebu apam tu..sekali buat puas makan ;)

    ReplyDelete
  7. Kak yatie kalau buat ni untuk perjalanan jauh ok tak? Ye la takut lemau ke.

    ReplyDelete
  8. td kat fb ada post pasal blog ciplak..n sy perasan gmbr kuih2 bercop yatiememories pun byk...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum kak yatie, apam mentega resepi kak sofea ni memang terbaik..nieza pun suka lama dah tak buat ni...:)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sudi berkongsi resepi... Mintak ya..

    ReplyDelete
  11. waa..best ni ...npk ringkas jee nk cuba buat laa..terima kasih yer kongsi ilmu....

    ReplyDelete
  12. salam kak yatie..mintk resepi yer.tgh perap adunan 1/2 jm. mudah2an jadilh..buat hidangan ank-ank dan suami hujung minggu ni.

    ReplyDelete