Saturday, April 2, 2011

Ayam Goreng Lada Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masak apa hari ni? Bila cuti sklh ni bnyk permintaan dari anak2. Kali ni saya masak Nasi Serai dan di makan bersama Ayam Masak Merah. Mmng sedap dan saya juga masak Ayam Goreng Lada Hitam. Biasanya ayam goreng ni sedap ratah2 gitew je. Di sini saya ingin kongsikan bersama resepi ayam goreng yg sangat sedap dan mudah menyediakannya. Resepi asal adalah dari Dayang Jack...terima kasih DJ kerana berkongsi resepi yg sedap ni, izinkan Yatie kongsikan di sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan.


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • sedikit sos lada hitam - optional
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Kemudian dituskan.
  2. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar atau semalaman.
  3. Goreng hingga masak.
  4. Hidangkan bersama sos cili jika suka

10 comments:

  1. wah kak yatie, boleh tempah untuk esok? hehee

    *lama tak jenguk kak yatie, harap2nya sentiasa sihat ya

    ReplyDelete
  2. nampak sungguh menyelerakan ......!

    ReplyDelete
  3. assalam yatie...memang nampak pun dah sedap...kalau dapat rasa lagilah...nanti lain kali bolehlah cuba...

    ReplyDelete
  4. salam....

    puan, mohon copy resipi ini..untuk cuba masak.:))

    ReplyDelete
  5. wahhhh..sedappnya ayam tu...
    walau pun hitam..tetap memikat hati.....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak yatie,
    nampak sedap ayam tu...boleh tiru nih.. =)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak... kalau bab ayam + lada hitam memang best kan akak... diana suka makan... tegk resipi nie memang sedap... nnt boleh try juga.. :)

    ReplyDelete
  8. salam rindu kak.yatie....
    rindunyer nak main masak2.... tapi buat masa sekarang byk nak kene setup... insyaAllah bila2 pree nnti kita akan luangkan ms sket utk update blog wpon sebenonyer agak mls juga.. hihihi.. lagi satu kan kak, tenet lembab glerrrr... huwaaaaaaaaaaa...

    akak skluarga sihat? nampak sedap ayam tuh... kiter bab ayam gini mmg suker... lagipon senang jer kan kak kan...

    ReplyDelete
  9. NAK TRY MASAK LA..CM CEDAP JE HIHI

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum puan...
    mohon copy resepi..nk mncuba... ;-)

    ReplyDelete