Wednesday, April 6, 2011

Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni mmng busy betul, hinggakan nak update blog pun tak sempat. Maaflah sebab saya tak sempat balas komen dan BW sejak2 ni. InsyaAllah saya akan buat kunjungan balas bila masa terluang. Kunjungan kawan2 semua ke blog Sinar Kehidupanku amat2 saya hargai....terima kasih semuanya.

Sebenarnya lauk asam pedas melaka ni saya masak dua hari lepas. Memang sedap sangat, terasa kelainannya bila lauk asam pedas di letak daun kari. Biasanya kita letak daun kesum dan bunga kantan je, kali ni di tambah pula dngn daun kari. Tak sangka mmng sedap sangat, sampai sekarang saya masih teringat2 lagi kesedapannya. Kalau tak percaya...anda cubalah sendiri, mmng berbaloi. Terima kasih pada Bro Rozan kerana berkongsi resepi yg sedap ni, saya C&P dari blog Mamahawa dan Mamahawa kopipes dari Mat Gebu. Terima kasih pada semuanya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg ikan tenggiri (boleh guna apa2 ikan atau ayam) - saya gunakan ikan pari
  • 2 biji terung
  • 2 biji tomato
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 750 ml air (lebih kurang)
A (KISAR HALUS)...
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 1 camca besar jintan manis
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • 1 cm belacan (resipi asal tak letak)-mama ltk
B...(Bahan Tumis)
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1/2 camca teh halba
  • 1/2 camca teh biji sawi
  • 3 - 4 tangkai daun kari
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.Terung dikerat 2, belah 2 setiap keratan dan hiris tapi tidak putus, rendam dalam air garam. Tomato dibelah 2 setiap biji. (boleh letak bendi, kalau suka)...Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak. Tuang air dan biar mendidih.'
  3. Masukkan ikan, jus asam jawa dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Bila mendidih, masukkan terung (dan bendi, jika guna).
  4. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan hangat bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman....

9 comments:

  1. Sedapnye asam pedas...lame xbuat. nak buat, asben xmakan n bahan plak xde. mmm tunda dulu la...:)

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi kak..sedapnya asam pedas ikan pari letak terung lagi,kegemaranku ni..

    ReplyDelete
  3. bestnya..
    kegemaran kami seisi keluarga :)

    ReplyDelete
  4. Assalam yatie,
    asam pedas melaka bro rozzan ni memang sedap..kita dah berapa kali cuba asam pedas melakanya..ada yang masih belum masuk entry pun ada ...heheh..kecur lah pulak nampak ikan pari yatie tu..sedap..

    ReplyDelete
  5. sedapnyeee............ terus rasa mcm nak blk melaka hari ni jugak.. hahaha...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikumwbh Kak Yatie..

    MMM dah lama ayu tak wat asam pedas ni....mmm nak cari kat sini ikan pari tak lalu ngat sbb besar gajah ikan parinya......hik3....tengok mate cam mate orang lak...

    Minggu depan balik Ganu...yeyyyyyy!!!!

    ReplyDelete
  7. :( sob3....dah 3 kali masuk sini asyik kene rejct jer...nak ngajok....kalu kak nak pujok...kene sharela sket itew asma podas....:)

    ReplyDelete
  8. Salam kak Yatie..
    Ish..ish..ish.. Ikan pari tu.. Buat asam pedas lak tu.. Kecur dah ni.. Mintak sikit kak.. Dapat kuah jer pun tak pe. boleh cicah ngan roti..

    ReplyDelete