Monday, February 21, 2011

Daging Gulai Kawah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya tekak saya ni masih lagi perit, tapi selera tu tetap ada....tapi biasalah makan ala kadar je...alang2 dah masak, tukang masak kenalah merasa...hehehehe. Sebenarnya lauk daging gulai kawah ni saya masak semalam. Anak bujang saya yg sulung tu balik bercuti, jadi saya masaklah lauk kegemarannya dan di bawa bekal balik ke asrama. Saya masak sekilo daging jadi bahan rempah kenalah di gandakan. Bila petang, saya buatlah lempeng utk di makan bersama daging gulai kawah ni....fuhhh mmng sedap, berselera betul suami dan anak menikmati kesedapan daging ni. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan saya kopipes dari Mat Gebu....terima kasih Mat. Sebelum ni saya pernah makan daging gulai kawah juga, mmng sedap dan warnanya macam masak kormak, tapi resepi yg ni lebih kepada warna kari...tak kisahlah, yg penting rasanya sedap sangat. Pada kawan2 yg nak merasa tu...bolehlah cuba sendiri....jom kita semak resepinya.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram daging (mat guna daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan)
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 camca besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 3 biji kentang, belah 8 setiap satu
  • 1 biji cili merah, belah dua
  • 1 biji cili hijau, belah dua
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 20 tangkai cili kering, gunting dan rendam dalam air panas
  • 1 camca besar penuh rempah kari daging (saya guna rempah babas)
  • 1 camca teh jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 biji saiz sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan juga rempah kari, tumis hingga terbit minyak. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut. Tuang sedikit air.
  2. Bila mendidih masukkan kentang, santan, asam gelugor, gula melaka dan juga kerisik, kacau dan masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Tambah belahan cili hijau dan merah. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api, Hidangkan bersama nasi putih....

11 comments:

  1. wah sedapnya gulai ni kak....nk sikit nk cicah roti ni ..hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak yatie..sedapnye daging gulai kawah ni..dah lama tak makan..terus terliur saya..

    ReplyDelete
  3. sedapnya daging gulai kawah.
    saya ni asyik mkn yg mak masak je..masak sendiri tk pernah ;-)
    btw, daging gulai kawah ni kalau guna rempah gulai daging yg jual kat pasar siti khadijah kota baru tu lagi sedap tau! kalau tk pun pakai rempah cap org terbang..
    kalau terjumpa rempah tu, belilah n suba plak..mana tahu kot kot tersuka

    ReplyDelete
  4. sedapnya lauk kenduri cenggini...

    ReplyDelete
  5. Assalam yatiemacam2 versi ye gulai kawah ni,kalau kat kedah ade yg campur dengan batang pisang @ rebung

    ReplyDelete
  6. kak yatie, mas suka gulai kawah....
    selalu beli jer...nanti nak try gak resepi ni...
    sedapp betul tengok gulai akak tu...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Bestnya. Nampak amat menggiurkan. Ada lagi tak lempeng nya.

    ReplyDelete
  8. salam kak yatie..
    best yer..kalau kat kelantan time kenduri jer ader lauk nieh..tp skrg dah komersial dah..blh dapat hari2..paling best campor dgn umbut kelapa @ mumbe nyior(kelapa muda yg kita ambik tempurung nyer)..bestttttttt sangat..:-)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Yatie...lama dh x mkn gulai kawah mcm ni. pekat betui kuahnye tu buat akak terliur sudah..suka sgt kalau dicicah dgn roti :)

    ReplyDelete
  10. gulai kawah ni kalau kat klantan time kenduri memang selalu dapat makan...masa tu memang makan betul2 sebab nak buat sendirik cam kurang rajinla plak...hehhehehe...
    mie dh bawak mangkuk ni kak yatie nak mintak gulai kawah ni banyak2...nak makan puas2...hehhehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..
    kepada peminat masakan gulai kawah..
    kalau nak sedap, guna rempah gulai kawah ..boleh dapati di Kelantan.. baru betul2 power..

    ReplyDelete