Tuesday, December 14, 2010

Ayam Goreng Berempah

Assalammualaikum dan selamat petang. Hari ni saya masak ayam goreng berempah. Biasanya kalau ayam goreng mmng laku dan laju je kat rumah ni. Resepi ni pun mudah je...kali ni saya guna resepi dari chef terkenal iaitu Chef Hanieliza yg mmng pakar dlm memasak macam2. Terima kasih K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni, izinkan saya C&P resepinya di sini pula ya.



AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam - di potong 12, bersihkan dan toskan
  • 3 s/b rempah kari ayam/daging
  • 3 s/b cili mesin-saya guna 2 sb serbuk cili
  • 1 s/b serbuk kunyit
  • 3 s/b tepung goreng ayam-saya guna tpng beras je..
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 3 batang serai *(* di kasar halus)
  • garam
  • daun kari- saya tambah
Cara-Cara
  1. Kisar bahan yg bertanda*. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam.
  2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi kegemaran anda.

6 comments:

  1. kak yatie, nak ayam goreng 4 ketoi...terliurnya mas tengok....

    ReplyDelete
  2. sedapnya yatie ayam tu kena ngan nasik lemak sure bertambah nasik ngan berat badan

    ReplyDelete
  3. aduih...dah la ngah lapr nie,tunjuk plak gambaq nie.haha! nyum2!

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie...kakkk, kita ni selalu je masak yg sama kan..saya baru lepas goreng ayam berempah untuk tahlil arwah abg....sama lagi..hmmmm,jodoh kuat ni..hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Mas,
    boleh je..nah akak bagi 5 ketoi...makanlah...hi3..

    Chim Mimi,
    Klau ayam goreng mmng sedap mkn dngn nasi apa2...ratah2 gitew je pun sodap...

    Encik MT,
    Thanks sudi singgah..ayam goreng mmng best..

    Mat Gebu,
    wkmsalam, ow sama lagi ya...betul2 ada keserasian tu....suka2..hi3..

    ReplyDelete
  6. salam nkl tye ape mksd s/b tu?

    ReplyDelete