Sunday, December 12, 2010

Apam Gula Hangus

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Petang tadi saya buat apam gula hangus utk minum petang. Apam ni juga sesuai utk sarapan pagi. Banyak versi apam gula hangus ni, dan ini adalah salah satu resepi yg mudah, lembut, gebu dan tentunya sedap. Resepi kali ni saya ambil dari hazz-63 di MyR....terima kasih kepada penyumbang resepi.


Apam yang terlebih naik..Lain kali isi separuh adunan je dalam mangkuk kecil ni..

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

19 comments:

  1. sangat sedap ! lama dah tak buat ...nak kena buat semula ni ! cuba resepi ini pulak...tk

    ReplyDelete
  2. Wah Kak Sonata pun ada kat sini.. Nur pernah buat kek ni zaman anak dara dulu.. Rajin la Kak Yatie guna acuan kecik2 tu..

    ReplyDelete
  3. wah naik tingginyer yg dlm acu lompang tu ek..

    ReplyDelete
  4. Wauuuu...cantik dan nampak sedap sgt..nyum2. nk ckit...

    ReplyDelete
  5. apam ni mas tak try wat lagi....nampak sedapp tu...nnti nak try wat gak.....
    kak yati, acuan lompang tu akak beli kat mana..mas cari merata2 tak jumpa pun...

    ReplyDelete
  6. @sonata anak kancil
    mmng lembut, tak berapa manis dan sedap apam ni...cubalah..

    ReplyDelete
  7. @nba-Nur
    Akak guna acuan kecil ni supaya senang anak2 nak makan...

    ReplyDelete
  8. Salam....

    Sedapnya!! Dan Cantiknya!!!

    ReplyDelete
  9. @K.Nor
    mmng gebu, lembut dan tak berapa manis kak apam ni...klau nak buat isi separuh je kat mangkuk kecil ni..sbb apam naik gebuuu...

    ReplyDelete
  10. @MeknaBlog
    mmng sedap apam gula hangus ni..klau dekat yatie dah bagi rasa tau..

    ReplyDelete
  11. @Mas
    mmng sedap, lembut dan gebu apam ni ..cubalah..yatie beli acuan ni kat kedai jual brng2 dapur/periuk..Mas cuba tanya ya..mesti ada punya..

    ReplyDelete
  12. @LinRosLy
    wkmsalam, mmng sedap apam ni kak..cubalah..

    ReplyDelete
  13. @coodeang
    tembam ke..klakorlah...cubalah,mmng sedap..

    ReplyDelete
  14. One of the truly best blog..

    www.fdausamad.blogspot.com

    Baca 3-4 entry lepas tu mesti jadi ketagih!

    i m not kidding..blog brader ni memang awesome!

    Sharing is caring!

    ReplyDelete
  15. Assalam yatie sedapnya kite pun dah lama tak buat pebret jugak ni

    ReplyDelete
  16. salam..saya da try wat, mmg lembut n sedap..cuma nak tanya, kenapa ye apam ni bila da kukus 15 minit dan api ditutup, apam tiba2 turun dan xnaik?tapi tetap lembut..

    ReplyDelete
  17. sy pn ada buat smalam.. lpas msak tu pnya la dia naik kembang tp lpas sjuk kecut & kecik.. trasa ati tngok apam 2.. knp ek

    ReplyDelete
  18. macam sedap....Nanti try rasa boleh * . *

    ReplyDelete