Wednesday, November 3, 2010

Sup Ikan Kerisi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ni anak saya menghadapi peperiksaan akhir tahun, jadi aktiviti berblog terpaksa di kurangkan. Saya kena beri perhatian lebih pada anak2, maklumlah sejak balik Msia ni, anak2 saya cuma ada masa sebulan lebih je utk buat persediaan. Banyak buku2 yg perlu di ulangkaji sendiri, saya tetap mendoakan moga anak2 saya di terangkan hati dan mudah utk menjawab soalan peperiksaan....semoga mereka berjaya dngn cemerlang.Hari ini saya masak ikan kerisi sup yg menjadi kegemaraan anak2. Lauk ni sedap di makan bersama sambal kicap. Oklah di sini saya kongsikan resepi yg mudah dan sedap.


Bahan Utk Di tumbuk
  • 1 sudu besar lada putih
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bwng putih
  • 6 ulas bwng merah
  • 1 kg ikan kerisi
  • 4 cwn air
  • Daun sup, daun bawang(cincang) dan bawang goreng- utk taburan
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
Cara-Cara
  1. Ikan di siang, cuci dan toskan.
  2. Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis, masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak.
  4. Masukkan sedikit air, biarkan mendidih.....masukkan ikan dan kacau sedikit.
  5. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
  6. Sekiranya dah ok, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

7 comments:

  1. salam yatie,
    terliur dah tgk sup ikan kerisi ni...sy selalu goreng gitu jer...sedap makan ngan nasi panas2...

    ReplyDelete
  2. sedapnyer klu dpt irup kuah dier kak... sejuk2 nih layannnn...

    ReplyDelete
  3. nak sup ikan ni..macam fresh je rasa dia kan... nak pau jugak kak..lama tak makan pau..

    ReplyDelete
  4. salam kak,sup ni kalau guna ika fresh...perhhh...sedapp gila ni...

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie...

    Insyaallah doa2 ibu sentisa di makbulkan Allah.. anak2 akak pon tengah exam akhir tahun,ikan kerisi klu di buat sup mmg sedap makan pulak ngan sambal kicap... anak2 mesti sukee kan... rohmatnyerr..

    ReplyDelete
  6. salam yatie..nak cop resepi ni ya..resepi yang sihat:)

    ReplyDelete
  7. salam kak, tgk sup ikan ni nmpak sedapppp ..... boleh yer saya salin resepi ni..

    ReplyDelete