Friday, May 28, 2010

Udang Masak Cili Padi Bersama Nenas

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Dah makan ke belum? Hari ni saya masak udang lemak cili api bersama nanas. Biasanya saya guna udang yg belum di siang, tapi kali ni nak senang dan memudahkan anak2 makan, saya dah kopek udang tu sekali. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan....lebih kurang mcm masak lemak ikan, ayam atau ketam je.


Bahan-Bahan
  • 500 gm udang sederhana besar
Bahan Kisar/ Tumbuk
  • 10 biji cili padi
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor/keping
  • 1/2 biji nanas- di potong2 kecil
  • garam dan gula secukup rasa
Cara -Cara
  1. Blend / tumbuk bahan2 kisar dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul sebati. Masukkan santan cair dan asam keping.
  2. Masukkan nanas dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan udang dan masukkan santan pekat.... gaul lagi. Biarkan mendidih sebentar sambil di gaul lagi.
  4. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.

11 comments:

  1. waahh..sedap tu..masam manis nenas dengan aroma udang..peeeh...daun kunyit tak de ye..

    ReplyDelete
  2. Sariyusa=> memang sedap lauk mcm ni...pedas2 dan masam manis sikit...

    Izahdaut=> terpulang nak letak daun kunyit pun boleh...kat sini stok daun kunyit dah abes,tu yg tak letak..hi3..

    ReplyDelete
  3. MamaFami=> lauk2 biasa je mama...thanks sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  4. OMG, terliur je Love tengok dish ni kak! Aduiiii...nakkkk ;)

    ReplyDelete
  5. sedapnya udang ngan nenas,yummy...makan ngan nasi panas + telur dadar dah lengkap kak kak..hirup kuah sikit..

    ReplyDelete
  6. sedap ni yatie.akak ingat hari ni nak buat nenas dgn ikan masin sepat.mintak2la cik abg tak marah...lauk tu buat bp akak naik....hehe

    ReplyDelete
  7. Love=> terliur ke..nah akak bagi rasa sikit....sedap tak..hi3..

    ReplyDelete
  8. Mas=> mmng pandailah Mas kenakan dngn telur dadar...nah akak bagi semangkuk lauk ni...

    ReplyDelete
  9. Anymz=> mmng sedap...wow klau ikan masin dngn nenas lagilah sedap....kalau dah siap masak, bagi yatie rasa ya...

    ReplyDelete