Friday, May 7, 2010

Donut Suria

Assalamualaikum dan bertemu kembali semoga anda semua ceria di pagi jumaat ini. Dah sarapan ke belum? Hari ini saya buat donut suria yg sangat lembut dan sedap. Semalam masa pergi ronda2 rumah kawan terjumpalah resepi donut yg mudah dan sedap ini. Resepi asal adalah dari Pn Suria dan saya pula dapat dari blog Hana dan CMG. Saya minta izin C&P resepi yg mudah dan sedap ini ya. Kalau kawan2 nak rasa...cubalah sendiri ya.



BAHAN-BAHANNYA
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar gula halus
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri)
  • 200 ml air suam*
  • 2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
  • Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam.
  2. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air.
  3. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap.
  5. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...
** Saya biarkan doh dlm 20 minit lepastu uli sekejap, barulah bulat2kan....biarkan 40 minit lagi....bila nak goreng barulah lubangkan tengahnya(sbb takde acuan donut)....dan barulah di goreng.

9 comments:

  1. salam jumaat utk yatie juga!! sedapnya donut tu! ain klu buat donut, tak cukup rajin nak mengacu. so main buat bulat2 aje. utk disumbat terus ke dlm mulut, tak yah nak gigit2.hihi

    ReplyDelete
  2. Salam kak yatie! ehehe..menu kita samalh kak! tp kitanyer versi kecik2 jer ehehe... gemuk sggh kan donut ni :D

    ReplyDelete
  3. salam kak...mai nk mtak donat niii..kita pun klu buat donat xde gna acuan..rasa lebih snang buat bolat2 dlu..pastu bru buat lobang kan..hihi..

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie,
    adus..donut. terliur saya. oh, memang camtu cara Mama saya buat dulu. saya pun takde cutter donut. patutla selalu donut saya bengkang bengkok, rupanya saya lubangkan awal2, then peram. hikhik.

    ReplyDelete
  5. yatie, donat suria merata2 rumah... teringin nak makan tapi malas nak nguli, maklumlah x de BM, mintak sikit boleh?

    ReplyDelete
  6. salam yatie..
    akak tak nak buat sendiri nak makan kat umah yatie ni..tak tahan menawan sangat..

    ReplyDelete
  7. Ain=> wkmsalam, thanks Ain sudi singgah..yatie pun takde acuan, main bulat2kan je, pastu buat lubang bila nak goreng...

    Ijayuji=> wkmsalam, ha'ah boleh sama pulak buat donut hari ni...mmng sedapkan kuih ni..

    ReplyDelete
  8. Maz=> wkmsalam, mmnglah Maz..akak pun buat mcm tu sbb takde acuannya...

    Indahouse=> wkmsalam, kalau akak buat mmng mcm ni....bulat2kan dan leperkan sikit...bila nak goreng baru buat lubang kat tengah...cantik je nnti kuihnya..

    ReplyDelete
  9. Kak Rose, Yatie pun takde BM, yatie guna tangan je uli...gebu juga kak...cubalah, mmng lembut dan sedap tau..

    Datin El=> wkmsalam, boleh je mkn kat rumah Yatie...kejap ya yatie buatkan air panas sekali..hi3..

    ReplyDelete