Friday, May 7, 2010

Ayam Masak Merah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Bertemu kita sekali lagi, moga anda semua ceria di samping keluarga serta tugas seharian. Inilah menu saya hari ini ayam masak merah. Resepi ini adalah dari Kak Hanieliza FP dan saya C&P dari rumah Zaiy. Terima kasih ya pada anda berdua kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ini.


Bahan-Bahan
1 ekor ayam...dipotong kecil...bersihkan dan letak kunyit & garam dan goreng separuh masak.

Bahan untuk dikisar
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 btng serai
  • 4 biji tomato buah
  • 2 s/b tomato sos (saya letak 4 s/b)

  • kacang peas
  • bawang besar-potong gelang
  • minyak masak utk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Panaskankan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
  2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Sekiranya rasa dah ok, matikan api.
  4. Bolehlah di hidangkan bersama nasi putih, nasi tomato ataupun nasi minyak.

6 comments:

  1. salam yatie..apa khabar?wah ayam masak merah ni mmg best jika makan dengan nasi ujan panas hehe.

    ReplyDelete
  2. salam kak..betul2 ayam masak merah tu! mengancam sungguh colournya..

    ReplyDelete
  3. Salam kak yatie!! My all time fev ayam masak merah! suke sgt dgn lauk ni payah nak jumpa yg betul2 sedap kat tekak kita ehehe.. sbb tu kita jarang nak buat sendirik ayam masak merah ni kita lagi suke masakan org hihihi... tak semua masakan untuk ayam masak merah jer yg kita nak rasa drpd org lain hihihi... nak rasa yg kak yatie punyer taw :D

    ReplyDelete
  4. merah btoi la...klo daging merah mmg sdp nieh..

    ReplyDelete
  5. Cikmanggis=> wkmsalam, khabar baik...mmng sedap ayam masak merah ni..sesuai di makan dngn apa2 jenis nasi..

    E-na=> wkmsalam, hi3 mmng sedap ayam msk merah ni..

    ReplyDelete
  6. Ijayuji=> wkmsalam,boleh je kalau nak rasa...mailah mkn kat sini je...akak pun mmng peminat setia ayam msk merah ni..

    $3MB@lut=> mmng kalau tukar daging pun sedap juga..

    ReplyDelete