Thursday, May 13, 2010

Daging Kicap Pekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Harap anda semua sihat dan ceria sentiasa. Dah masak ke belum? Hari ini saya masak daging kicap pekat. Resepi ni mudah je dan tak perlu bahan2 yg banyak, tetapi rasanya sedap. Mari kita lihat bahan-bahannya.


Bahan-bahan

* 700 gm daging batang pinang
* 2 biji kentang- belah 4
* 4 sudu besar kicap pekat manis
* 4 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar tepung jagung * bancuh dngn air
* 1 cawan air*
* 2 sudu besar serbuk lada hitam
* 2 btng lada hijau ( di belah 2)
* 4 s/b minyak untuk menumis
* garam dan gula( jika perlu)

Bahan Tumis (di hiris)

* 1 labu bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga

Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas daging)

* 2 tangkai daun sup
* 2 tangkai daun bawang

Cara-Cara
  1. Potong daging kecil2 dan rebus hingga empuk. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu di rebus dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah tumis dan gaul lagi.
  3. Masukkan daging dan kentang yg telah di belah 4. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Biarkan daging dan kentang empuk. Masukkan bancuhan air tpng jagung.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan gaul sebati. Masak sehingga sedikit pekat.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

12 comments:

  1. Salam kak yatie!! kita mmg sukeeeeeeeeee sgt dgn daging2 yg dmasak mcm ni nak2 guna daging lembuuu?? mmg fev kita :D jap lg menu nasik apa pulak ya :D..

    ReplyDelete
  2. Salam.. Kak Yatie.. suker makan menu2 kicap ni he he he..x jemu tau..mkn ngan nasi panas2 bestnyer...

    ReplyDelete
  3. sedapnya..mmg berhantu makan daging..(x kisahler rendang ke..gulai ke..)itu pasal badan x mo turun2..

    ada x tips m/mana nak pekatkan kuah tanpa mengeringkan sgt kuahnya(maksudnya x mo pekat sgt)

    selalu kalo saya masak --akan kering ..(x sdp pulak nak menghirup)

    ReplyDelete
  4. salam yatie...tengok pun dah boleh membangkitkan selera untuk makan...apa lagi boleh makan sekarang tak??..hehehe

    ReplyDelete
  5. akak suka mkn daging masak kicap ni!! lagi klu dipotong nipis2 daging tu.pas tu kentang pun potong tipis2 then goreng sekejap!!

    ReplyDelete
  6. salam yatie.
    lauk kegemaran akk n kluarga ni. hehe...

    ReplyDelete
  7. Ika=> wkmsalam, memang sedap daging msk kicap ni...kena pulak dagingnya lembut..mmng best..

    ReplyDelete
  8. Halamanku=> wkmsalam, mmng tak kira waktu...tak jemu2 daging masak kicap ni..

    ReplyDelete
  9. Elynn=> mmng sedap lauk daging..yg penting dagingnya lembutlah...klau nak masak pekat dan tak kering, letak sedikit tepung jagung..mcm masak blackpepper...cuba cari kat resepi ayam/daging..

    ReplyDelete
  10. Ima=> wkmsalam, mailah makan sama2..kejap yatie cedukkan nasi dulu ya..hi3..

    ReplyDelete
  11. Ain=> memanglah, daging kalau di masak kicap pastu dagingnya lembut....tersangatlah sedapnya..

    ReplyDelete
  12. K.Anis=>wkmsalam, yatie sekeluarga pun suka sangat daging masak kicap ni....enak banget..

    ReplyDelete