Sunday, April 4, 2010

Sambal Kupang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 semua. Semoga ceria di hari minggu. Hari ini saya masak sambal kupang. Biasanya saya masak kari kering atau goreng je...tapi hari ini teringin pula nak makan sambal kupang. Bagi kawan2 yg gemarkan kupang tu, bolehlah cuba masakan ini...pada yg tidak gemar tu...tengok sajalah ya. Mari kita lihat resepinya yg mudah ini.


Bahan-Bahan

600 gm isi kupang
1 labu bawang besar(hiris)
1/4 cwn air asam jawa
minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa.

Bahan Kisar
1 cwn cili kering kisar (20 btng)
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm belacan
.
Cara--Cara

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan garing. Tumis sehingga naik bau dan berminyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga pekat.
  3. Masukkan kupang dan bawang besar. Tambah sedikit gula supaya sambal manis sedikit.
  4. Masakkan sehingga bawang layu. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangkan.

2 comments:

  1. salam,
    sedapnya sambal kupang..dah lama tak makan (& masak)..dulu kat kg di johor mak selalu masak..sedapnya

    ReplyDelete
  2. Kniedaz==wkmsalam, sambal kupang ni klau msk kering pun sedap...thanks coz sudi singgah..

    ReplyDelete