Bahan-Bahan
700 gm daging btng pinang [potong kecil dan nipis]
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung>> bancuh bersama 1 cwn air
2 sudu besar lada hitam (di tumbuk)
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa-jika perlu
Bahan Tumis-Hiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
Bahan Hiasan
2 tangkai daun sup>potong2
2 tangkai daun bawang>potong2
1 biji tomato>belah 6
2 biji cili merah>mayang
2 biji cili hijau>mayang
Cara memasak
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
- Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.(kalau daging biasa, rebus dahulu sehingga empuk dan toskan airnya)
- Masukkan bancuhan air tepung jagung,sos tiram dan kicap pekat.
- Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
- Setelah rasanya ok, bolehlah angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment