Saturday, May 1, 2010

Kurma Daging Kerisik

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Ini juga lauk yg saya masak selain dari ketam goreng tadi. Hari ni saya cuba resepi dari Che Mat Gebu iaitu Kurma Daging Kerisik. Rasanya memang sedap sangat...kalau nak rasa tu kenalah masak sendiri ya. Saya minta izin C&P resepinya di sini ya CMG...terima kasih banyak2.


BAHAN UTAMA
  • 800 g daging batang pinang, potong kiub
  • 5 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
  • 2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji, tapi tak putus
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • 2 camca besar kerisik
  • 1 1/2 camca besar gula melaka
  • 4 camca besar rempah kurma
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 500 ml pati santan
  • 1000 ml santan cair
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 camca besar lada hitam biji
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji tomato
BAHAN TUMIS
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA
  1. Cuci daging dan toskan. Bancuh bahan2 kisar dengan rempah kurma hingga rata.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tambah minyak sapi dan tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan rempah+bahan kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak, gunakan api kecil.
  3. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  4. Renih hingga daging lembut. Masukkan kerisik dan kentang. Kemudian tuang santan pekat.
  5. Masak hingga kentang lembut, tambah jus asam jawa, garam dan gula melaka.
  6. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan belahan cili merah dan hijau.
  7. Biar mendidih perlahan hingga kuah sedikit pekat.
  8. Rasa dan tambah garam jika perlu. Matikan api dan boleh dihidangkan...
** Kalau guna daging biasa, rebus hingga empuk dan toskan. Kurangkan pula kuantiti santan mengikut selera masing2. Terpulang nak kuah pekat atau cair sedikit. Selamat Mencuba....

6 comments:

  1. assalamualaikum kak yatie..wowo wowii..sodapnya nampak kak..nak rasa kena masak lak kan..huhuhu.. bilo la nak buat kerisik ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.... tuan rumah.. kita dtg bw pinggan ni..

    ReplyDelete
  3. Yat admire org yg pandai masak korma...baik daging or ayam..sebab kita tak brapa reti..selalu macam ada rasa yg kurang..tak tau lah kenapa..in the end, tak selalu masak lauk nih..tapi kalo orang masakkan kita nakkk...

    ReplyDelete
  4. ni lauk favorite saya ni

    bestnya

    ReplyDelete
  5. Izahdaut=> wkmsalam, kalau dekat akak dah bagi rasa sikit..kerisik tu akak buat sendiri je, guna kelapa kering di sanggai..

    Sari Yusa=> wkmsalam, bawa pinggan lagi...takpelah gunalah pinggan akak je...mailah kita mkn sama2 ya..

    ReplyDelete
  6. Yat Maria=> masak kurma resepi che mat ni mmng sedap tau... ikut je bahan2 yg di perlukan, pasti menjadi..sedap tau..cubalah..

    A KL Citizen=> mmng sedapkan...mkn dngn nasi panas2...wei sedap betul..hi3..

    ReplyDelete