Friday, March 26, 2010

Sotong Masala

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ni saya masak ringkas saja. Saya masak sotong masala. Resepi asal dari dapur Kak Liza dan saya C&P dari rumah Kak Ummi. Saya minta izin letak resepinya ya akak2 berdua....biar kita kongsi pula resepi yang sedap ni bersama kawan2 yg lain.


Bahan A

* 500 gm udang (saya dan Kak Ummi gantikan pada sotong- dikerat 1 1/2 inci tebal)
* 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
* 3 tangkai daun kari
* 1/2 cawan yogurt asli
* 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
* 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
* 2 sudu kecil serbuk cili
* garam dan gula secukup rasa

Bahan B (dikisar):-

* 6 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
* 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
* 1 sudu besar lada putih - kisar kering
* 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang/sotong dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

5 comments:

  1. suka sangat makan ni kat restoran daun pisang, terima kasih kongsi resepi..

    tapi kenapa bila masak, dah tukar jadi udang plak... hehe

    ReplyDelete
  2. yumm yumm seleranya.. hehe kak, sotong masala satu..!!

    ReplyDelete
  3. Fuzidss>> bukan menarik je...rasanya pun sedap..cubalah..

    ReplyDelete
  4. Yusa>> resepi asal adalah udang...akak tukar pada sotong..tapi still sedap..hi3..

    Padin>> thanks padin coz sudi singgah...ni akak bagi sepiring...ok tak..hi3..

    ReplyDelete