Monday, March 8, 2010

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Salam dan selamat sejahtera kawan2 semua. Sebenarnya dari minggu lepas saya bercadang nak masak ayam panggang ni....tapi tak berkesempatan je. Hari ni ada banyak masa, jadi saya pun mulakan operasi memerapkan ayam sejak malam tadi. Saya pun tak tahu kenapa di beri nama Ayam Panggang Ala Kenny Rogers. Oleh kerana ingin tahu keenakkan rasanya...saya pun cuba membuatnya. Memang ternyata...tersangatlah sedapnya, hingga tak perasan hampir menghabiskan ayam seekor(buruknya makan...hahahaha..)
Resepi ni adalah dari my resepi dan asalnya dari dapur Che Mid FP. Saya pula jumpa resepi yg sedap ni di rumah Hana dan Kak Ummi.Saya C&P ya Hana....biar kawan2 di luar sana mencuba pula resepi yg sedap ni. Terima kasih banyak2.



Bahan-Bahan

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

* Bahan-bahan untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar(saya guna 2 biji je)
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam -( kalau takde sos ni ganti dngn sos tiram+kicap pekat dan 2 sb lada hitam)
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir- saya guna gula perang je
* 2 sudu besar herba campuran-(kalau takde gantikan dngn dried parsley, oregano dan basil)
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman saya pun sama.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

**Saya makan bersama potato salad je..

2 comments: