Sunday, February 7, 2010

Karipap

Salam sejahtera semuanya. Karipap ni sebenarnya saya buat tengahari tadi. Biasanya saya buat kuih bila petang, tapi hari ni saya buat tengahari pula. Bukannya apa, tak sabar nak mengelim karipap. Lagi pun saya dah siapkan intinya awal2 lagi. Bila siap terus goreng, apalagi makan tengahari lambatlah nampaknya. Tapi tak mengapalah yang penting masak juga untuk makan tengahari. Rasanya ramai kawan2 di luar sana yang dah tahu resepi karipap,takpe mari kita lihat resepi yang mudah dari saya.



Karipap yang siap di klim dan belum di goreng.

Bahan-bahan

  • 4 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar butter - panaskan
  • 1/2 cwn minyak masak-panaskan
  • secubit garam
  • 1 cwn air suam

  • INTI
  • 6 biji kentang
  • 3 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 sb udang kering
  • 1 cwn daging hancur
  • garam dan gula
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata guna sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang, daging hancur,air dan garam serta gula secukup rasa. Masak dngn menggunakan api sederhana sehingga kentang empuk dan air kering.
  4. Setelah masak,angkat dan sejukkan.
  5. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim karipap.
  6. Doh karipap tadi bulat2 kan ikut saiz 1 biji karipap. Bila dah siap, tutup dengan plastik supaya doh tak kering. Lepastu, canai doh jangan terlalu nipis.
  7. Masukkan inti dan klim.
  8. Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

6 comments:

  1. salam yatie..cantiknnya u kelim karipap tu!!! I mmg out la bab2 kelim ni, kalau buat, main terap aje. but my hubby terer kelim karipap!!

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam, yatie klim karipap tu mcm biasa je...nampaknya ain kena belajar klim dngn suamilah yek...

    ReplyDelete
  3. Salam Tie.. thanks for adding in your FB list. Moga kekal ukhuwah

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam Fuzidss...sama2 moga persahabatan yg terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

    ReplyDelete
  5. kak yatie..dtg nak mkn epok epok ni..ada lagi tak ? cantek je akak kelim yek..:)

    ReplyDelete
  6. teringat akak masa pertama kali jumpa blog seri, ingatkan ada epok2 pusing....rupanya nama blog tu....sorrylah dah abes epok2 tu....lain kali klau dtng bagi tau dulu ya...nnti akak buatkan....

    ReplyDelete