Friday, January 13, 2012

Bingka Kacang Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni meh layan kuih bakar/bingka pula. Sebenarnya saya guna kacang merah yg siap di rebus, kalau nak rebus hari ni...mmng lambatlah nak siap kuih ni. Kacang merah ni mmng lambat empuk. Biasanya saya rendam dulu, lepastu baru rebus dan letak sedikit minyak masak, insyaAllah cepatlah empuknya.

Kebetulan saya rebus lebih masa buat Talam Pandan Kacang Merah tempohari, tu yg masih berbaki lagi ni. Fikir punya fikir jadilah kuih bakar kacang merah yg sungguh sedap ni. Kali ni Hamka suka betul kuih bakar ni walaupun kuihnya tak warna hijau. Kalau boleh semua kuih nak warna hijau je. Bila dah rasa kuih yg warna merah ni..haiiii tak terkatalah dia....makin minta lagi dan lagi dan lagi...siap cakap lagi, Mama letak kacang merah ya...hah memandailah pulak dia. Rupanya dia dapat rasa kacang merah yg saya kisar bersama tu. Kira mmng betul2 sedaplah tu. Kalau kawan2 nak rasa tu jom semak resepinya..pastu bolehlah cuba buat sendiri..




Bahan-bahan.
  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
  4. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.

18 comments:

  1. Assalam yatie,
    wah yang ini versi kacang merah ya..yang kita buat dulu versi kacang hijau..tapi yg tu terlupa letak colour hijau..pasti sedap ni kan yatie..just want to inform you tadi blog kita juga kena blog not found, nasib baik yatie dah tunjukkan hari tu link yang boleh kita pergi..shukur dah ok dah..bila kena tadi..thanks yatie for the info tu ya...u save my day ..!!oh yes thanks to sunah juga..

    ReplyDelete
  2. wahh!! sedap!! ada kacang merah kat dapur ^^ mlm ni blh rendam siap2 =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yatie

    Sungguh tertawan Kak Lin melihat akan kemerahan Bingka Kacang Merah ni....nyammmmm..rasa dah sampai kat mulut...hehehe

    ReplyDelete
  4. kak Yatie, hari tu lebih kacang merah buat kuih talam terfikir juga nk buat bingka mcm ni tapi lastx2 terlupa gitu jer. mengancam la warna kuih bingka akak ni..sedapnya:)

    ReplyDelete
  5. Kak Yatie...
    dari jauh dah nampak warna merah tuu...
    mesti sedapkan kak ..tapi saya nak buat mashroom soup dulu kak.

    ReplyDelete
  6. sedapnya dapat jamah bingkanya ni..

    ReplyDelete
  7. kak yatie.. baru ni saya ada beli kcg merah. tapi tak tahu mana letak. huhu.. geram tengok kuih2 akak yg ada kcg merah bagai. lawa la kuih ni. merah yg shantekk

    ReplyDelete
  8. Assalam Yatie cayang...adeeh baru boleh komen, td jap jap hilang jek comment box nih...hehe.. Kacang merah mmg fav akak...so pasti akak akan buat nnt...terima kasih Yatie sudi share resepi kreatif...mmg terbukti pakar talam n bingka dah nih...hehe

    ReplyDelete
  9. salam yati.. wah..tak tertahan tengok ni.. bila ada masa kakna nak cuba la.. minta izin ye...

    ReplyDelete
  10. As'salam mmg fv kacang merah biasa buat bubur aje...boleh cuna ni npk menarik

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Yati dan slmt berhujung minggu bersama keluarga.baru tengok talam kacang merah....ni keluar pula bingka kacang merah.kacang merah dlm tin dah ada...nanti boleh cuba...

    ReplyDelete
  12. Salam semua, banyak recipe yang boleh belajar dan cuba. Lawat blog saya untuk kita berkongsi sedikit sebanyak di http://cooking-engineer.blogspot.com/ TK.

    ReplyDelete
  13. salam kak yatie..nmpak menarik sgt bingka ni kak/..tgh bayangkan rasanya tu mesti sedap..kaler pun cantik merah :)

    ReplyDelete
  14. Asslammualaikum yatie... lama akak tak jalan2 sini... memang tergoda betul bila tengok bingka ke..talam ke... yg yatie buat, semua nampak perfect je...

    ReplyDelete
  15. salam perkenalan k.yatie...menarik sgt kalernye..mmg jatuh hati tgk..kn try gak nnti..;))

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak...bila saya tgk resepi akak semuanya nampak best.... nak cuba lah buat yg ini sebab saya memang suka kuih yg berasaskan kacang merah....

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Yatie. Selamat berkenalan. Akak mohon share yer.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Yatie. Selamat berkenalan. Akak mohon share yer.

    ReplyDelete