Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Lama dah teringin nak buat kuih talam lapis surabaya resepi Chef Asma ni. Kebetulan ada stok keledek ungu, maka tercapailah hasrat nak buat dan rasa kuih ni. Kalau dah mmng resepi dari Chef Asma ni, mmng gerenti menjadi dan sedap.Lagi best bila guna steamer trio, kerja didapur jadi mudah. Pada kwn2 yg belum memiliki steamer trio ni, boleh hubungi
Chef Asma. Harganya berpatutan dan dpt 20 resepi percuma lagi.Terima kasih Chef berkongsi resepi talam lapis Surabaya ni, izinkan saya kongsikan resepinya di sini ya. Pd kwn2 yg nak merasa tu, boleh cuba resepi ni.Sedap tau.
BAHAN A (LAPISAN TEPUNG):
- 100gm gula pasir
- 300ml santan pekat
- 500ml air
- 150gm tepung beras
- 60gm tepung gandum
- 1 sudu makan tepung ubi
- ½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
LAPISAN TEPUNG:
1. Bancuh kesemua bahan di atas dan masak sehingga naik wap.
2. Bahagikan kepada tiga bahagian. Ketepikan.
BAHAN B (LAPISAN KELEDEK UNGU):
- 200gm gula pasir
- ½ tin susu cair
- 200gm keledek ungu | diparut halus
- 170gm tepung beras | diayak
- 60gm tepung gandum | diayak
- 1 sudu makan tepung Hoen Kwee putih | diayak
- ½ sudu teh garam
- Air secukupnya
- Pewarna ungu secukup
CARA MEMASAK:
LAPISAN KELEDEK UNGU:
1. Satukan kesemua bahan di atas bersama susu cair an tambahkan air untuk menjadikan adunan sebanyak satu liter.
2. Akhir sekali, masukkan pewarna ungu dan bahagikan kepada tiga bahagian. Ketepikan.
3. Untuk mengukus, gunakan loyang bersaiz 10" x 10" x 3" inci yang dialas dengan plastik 14" x 14" dan sapukan sedikit minyak disekeliling loyang. Tuang adunan tepung dan adunan keledek ungu secara berselang seli sehingga habis.Kukus setiap lapisan selama 5 minit Tiga lapis putih dan tiga lapis ungu. Lapisan di bawah putih dan lapisan yang paling atas, ungu. Kukus bahagian lapisan terakhir selama 15 minit.
sedapnya
ReplyDeleteterima kasih bagi resepi, nampak sedap...ingin nak cuba buat, tq!
ReplyDeleteDapnya akak...
ReplyDeleteAkak!
Happy new year & Happy weekend.. ;)
wahhh resepi baruuuu tq lah tie kongsi di sini.. kak simpan yee
ReplyDelete