Thursday, January 15, 2015

Kuih Lapis yg sangat sedap.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kan tak sabar nak kongsikan resepi kuih lapis yg sangat sedap. Kali ni buat 2 warna je merah dan putih, teringat mcm kuih dulu2. Masa tu dah sedap sangat dpt mkn kuih mcm ni. Lebih sedap dan teruja lagi bila nak makan tu kita selak selapis demi selapis...mmng best. Sebenarnya banyak resepi kuih lapis, ada antaranya yg banyak guna tepung gandun dan ada pula yg banyak guna tepung beras. Terpulang pd selera kwn2 semua ya. Pada saya, mana yg saya telah cuba dan kongsikan kat blog ni adalah yg terbaik dan kena dngn selera. Pada yg berkenan tu, bolehlah cuba mana2 resepi yg ada kat blog ni. Sebelum buat tu, baca betul2 dan cara membuatnya. In Shaa Allah pasti menjadi, yg penting kita cuba dulu...kalau tak cuba, tentulah tak tau hasilnya...kannnn..

Ok resepi kuih lapis tradisi ni saya kopipes dari blog K.An Periuktanah. Terima kasih kak berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kwn2 yg masih tercari2 lagi resepi kuih lapis yg sedap tu, boleh cuba resepi ni..



Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan (1 cwn santan pekat campurkan bersama 3 cwn air)
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros
Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  4. Masukkan loyang yg telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
  5.  Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis.

20 comments:

  1. Tq share resepi kak.. Baik tgn sy ni nnt nk cuba

    ReplyDelete
  2. As salam kak yati ,

    saya mmg berkenan sgt dgn kuih ni tp tak rajin nak melapis lg huhu...

    ReplyDelete
  3. Tieee kali dah ratu talam ckp tersedap.. apa lagi,.. kak ilah sah simpan lah resepi ni...tq share... lama sgt x buat talam2...huhuu

    ReplyDelete
  4. Cantik color merah tu... ceria... bak nak sepotong Yatie... terlior la pulak

    ReplyDelete
  5. saya baru try hari ni mmg sedap dan mudah dipotong kira menjadilah..terima kasih kak sudi berkongsi

    ReplyDelete
  6. tolong bagi information tentang saiz loyang yang you gunakan untuk lapis kueh ni please?
    Terimakasih...

    ReplyDelete
  7. Salam...nak tanya...kalau nak buat pakai loyang 12" x 12" saya kali 2 kan bahan2 nye ye? Terimakasih.

    ReplyDelete
  8. Sedap kuih lapis ni mak saya panggil kuih genggang... jemput la singgah ke blog saya.... http://www.suemilie.blogspot.com/2015/06/kuih-genggang-resepi-emak.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Thank u sis...share resepi. Anak2 sue suka makan kuih lapis ni. Senang je nak buat rupanya

    ReplyDelete
  10. tumpang tnya.. perisa ros tu tuang dalam adunan merah atau putih?tq

    ReplyDelete
  11. Jazakillah for sharing. This was my first time making kuih lapis dan Alhamdulillah jadi! :)

    ReplyDelete
  12. Thanks krn kongsi resepi ni.tringin nak cuba.

    ReplyDelete
  13. Sy dah cuba menjadi. Nampak cantik

    ReplyDelete
  14. Salam..sy xfhm dgn sukatan santan..bole tlg jelaskan..terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Sy dh cube resepi akak ni. Ternyata mmg sdap. Tp nape lapisan atas sekali tu cam mentah yer? Pdhal sy kukus yg last tu lbih dr 5 mnt. Nape yer?

    ReplyDelete
  16. Sy baru je lepas buat kuih lapis pkai resepi akk ni..tgh tunggu sejuk tu hehehe..nmpk cntik..x sabar ptg ni nk potong n makan..ank buah dok asyik tny "makteh, dh sejuk ke?" hehehe thanks kak..

    ReplyDelete
  17. Thanks k.yatie.. 2 kali buat..mg jadi..

    ReplyDelete
  18. Perisa ros tu blh gune sirap ke??

    ReplyDelete