Thursday, December 25, 2014

Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu ni dah lama sebenarnya, tapi mcm biasalah baru ni berkesempatan nak kongsikan kat blog. Bila lama bercuti ni, naik malas nak update blog. Biasalah tu kan, tapi saya sedaya upaya ceriakan juga blog ni dngn resepi2 terkini.....dari di biarkan sepi tu, lagilah tak best kan. OK kali ni saya kongsikan resepi Nasi Beringin dan Ayam Sambal Serai. Resepi juga pernah di kongsikan bersama.



Nasi Beringin
Bahan-Bahan.
  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan santan (saya guna 1 cwn santan pekat dan selebihnya tambahkan air biasa )
  • 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
Bahan Tumis 
  • 2 batang serai - saya titik je
  • 5 ulas bawang merah(mayang nipis)
  • 3 ulas bawng putih(mayang nipis)
  • 3 cm halia(di mayang nipis)
  • 4 helai daun pandan-simpulkan
  • 2 cm kulit manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 5 butis biji halba
  • garam secukupnya
Cara Memasak
  1. Cuci beras, rendam selam 30 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawang hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras dengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakan bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.
Ayam Sambal Serai
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai- hiris halus dan kisar bersama
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
  2. Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
  5. Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi beringin, nasi mentega kismis, nasi jagung atau nasi minyak.

No comments:

Post a Comment